Saya tidak menyesal kritik Musa- Jumat
10:12 Dec 22, 2017  |  By SabahKini2
Saya tidak menyesal kritik Musa- Jumat

“Sekiranya saya menyertai mana-mana parti, itu tidak bermakna saya melompat kerana saya Ahli Parlimen tanpa parti. Wakil rakyat yang melompat ialah mereka mereka yang mempunyai parti...

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar Jumat Idris, yang digantung Umno, berkata Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Shafie Apdal pernah mengundang beliau menyertai parti itu selepas penubuhannya tetapi ditolak.

Idris menolak beberapa pelawaan kerana masih setia kepada perdana menteri dan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

“Selepas Shafie membentuk parti itu, dia mengundang saya menyertainya tetapi saya tidak mahu kerana kesetiaan saya kepada perdana menteri.

Jumat juga bersedia mempertahankan kerusi Parlimen itu sekiranya BN memberikan peluang.

Jumat juga berkata tidak pernah menyesali atas perbuatannya sebelum ini yang mengkritik Musa Aman secara terbuka serta berjumpa PM bersama dengan 7 Ketua Bahagian lain mencadangkan Musa selaku Pengerusi Umno Sabah digantikan dengan Shafie kerana Shafie ketika itu seorang naib presiden Umno.

“Saya tidak menyesali perbuatan saya kerana, bagi saya, rakyat adalah ‘bos’ saya dan saya akan suarakan apa yang mereka mahu saya suarakan.

“Secara teknikalnya, saya bukan ahli Umno, tetapi kalau kepimpinan BN merasakan saya bagus untuk rakyat, saya akan bekerja dengan lebih keras untuk memenangkan kerusi itu untuk BN.

Beliau berkata demikian di satu majlis anjuran Majlis Belia Sabah baru-baru ini.

Keahlian Jumat digantung selama 3 tahun pada 2015 selepas beliau mengkritik Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di Facebook.

Jumat memenangi kerusi Sepanggar untuk Barisan Nasional pada 2013 dengan 22,845 undi, menewaskan pencabar terdekat Jeffrey Kumin dri PKR yng meraih 13,403 undi.

Bayangan lompat parti dan bercuti

Ditanya mengenai lompat parti beliau berkata beliau tidak berparti.

“Sekiranya saya menyertai mana-mana parti, itu tidak bermakna saya melompat kerana saya Ahli Parlimen tanpa parti.

“Wakil rakyat yang melompat ialah mereka mereka yang mempunyai parti dan kemudian menyertai parti lain.”

“Jika BN tidak mencalonkan saya, saya rasa saya akan bercuti daripada politik.” Katanya

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan bakal ke  Sepanggar pada pilihan raya umum akan datang

Turut dinamakan sebagai pengganti ialah Datuk Hj Yakub Khan Pemangku Ketua Bahagian Sepanggar dan bekas Ketua Pemuda Sepanggar Joh Wid (Setiausaha Politik ).

 

4 Comments