Kes saman RM557.6j: Mahkamah tidak benarkan Christina Liew TKM Sabah, kemuka bukti baru
18:02 Feb 18, 2020  |  By SabahKini2
Kes saman RM557.6j: Mahkamah tidak benarkan Christina Liew TKM Sabah, kemuka bukti baru

Mahkamah sebelum ini memutuskan Christina, Siti Rahfizah dan Samsuri menyalahi undang-undang membabitkan 819 pemilik tanah Skim Pekebun Kecil Bagahak

Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew dan Siti Rahfizah Mihaldin tidak dibenarkan mengemukakan bukti baru dalam permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi sejumlah RM557.6 juta.

Keputusan yang dibuat oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini mengatakan bahawa pemohon gagal memenuhi keperluan undang-undang untuk mengemukakan bukti baru.

Pemohon, Liew dan Samsuri Baharuddin diperintahkan untuk membayar kos RM30,000.

Pada 2014, Liew, bekas keraninya Siti Rahfizah Mihaldin dan Samsuri diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29 oleh Mahkamah Tinggi Tawau. Daily Express ketika itu melaporkannya jumlah denda terbanyak yang pernah diperintahkan oleh mahkamah.

Mahkamah telah memutuskan bahawa ketiga-tiga individu tersebut, menyalahi undang-undang membabitkan 819 pemilik tanah yang terlibat dalam Skim Pekebun Kecil Bagahak kerana melanggar perjanjian usahasama mereka dengan plaintif Borneo Samudera Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi Chew Soo Ho berkata bahawa pada tahun 2006 dan 2007, Liew telah menyiapkan perjanjian jual beli bagi 819 pekebun kecil untuk menjual tanah itu kepada Siti Rahfizah pekerjanya sendiri.

Laporan-laporan berita turut menyatakan, kebanyakan daripada pemilik tanah tersebut telah membuat laporan polis ke atas Christina Liew dan dua orang lagi defendan apabila mereka dipaksa menandatangani surat perjanjian atau menurunkan cop ibu jari pada kertas kosong.

Christina Liew ialah Pengerusi MPN PKR Sabah dan juga merupakan Ahli Parlimen Tawau, selain merupakan Adun Api-api.

 _____________________________________________________

[Kisah sebenar Penipuan Christina dan pekerjanya]

Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1980 telah mewujudkan skim pemilik tanah Bagahak bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan membolehkan golongan miskin memiliki tanah serta membangunkannya. Di bawah skim tersebut, setiap lot tanah seluas 15 ekar diagih-agihkan secara percuma kepada setiap pemilik.

Salah satu daripada syarat yang terkandung dalam skim tersebut ialah setiap orang pemilik perlu membangunkan tanah-tanah mereka sebelum Januari 1987. Sekiranya mereka gagal, Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk merampas tanah tersebut dan melantik mana-mana agensi untuk membangunkannya.

Memandangkan kebanyakan pemilik tanah berkenaan gagal memenuhi syarat, Kerajaan Negeri pada tahun 1993 telah melantik Sabah Land Development Board (SLDB) untuk membangunkan tanah-tanah tersebut dengan penanaman kelapa sawit.

Perjanjian pembangunan turut ditandatangani antara SLDB dengan Pemilik Kecil Bagahak pada tahun 1995, di mana SLDB akan membangunkan tanah-tanah tersebut menggunakan wang mereka sendiri yang kemudian ditukarkan sebagai pinjaman kepada pemilik-pemilik tanah yang perlu dibayar dalam tempoh 10 tahun.

SLDB telah membelanjakan sejumlah RM47,037,758 untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.

Untuk tidak membebankan pemilik tanah dengan bayaran pinjaman, Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1997 telah memutuskan satu bentuk kerjasama diwujudkan antara pemilik-pemilik tanah dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd, anak syarikat kepada syarikat milik Kerajaan Negeri, Sawit Kinabalu.

Di bawah perjanjian tersebut, 11,000 ekar tanah yang telah disuntik ke dalam syarikat perkongsian dan pemilik-pemilik tanh telah diberikan saham dalam syarikat. Menerusi kaedah ini, pinjaman pemilik-pemilik tanah kepada SLDB akan diselesaikan secara penuh oleh syarikat perkongsian dan kerjasama. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 9 Julai 1998.

Syarikat perkongsian itu telah membayar wang dividen pendahuluan kepada pemilik-pemilik tanah dari tahun 2000 sehingga 2013 yang berjumlah RM49,150 setiap orang.

Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang dibayar bagi setiap lot oleh pembli yang juga merupakan kakitangan di pejabat guaman ADUN Api-Api.

Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim Chew dalam penghakimannya pada 30 September telah mendapatkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.

Pada 28 Oktober 2014, notis rayuan untuk mengenepikan hukuman telah difailkan oleh Christina Liew.

4 Comments