Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
14:02 Feb 24, 2020  |  By SabahKini2
Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari.

Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri letak jawatan, semua jawatan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Negeri juga harus dikosongkan.

 
Kenyataan media JPM
 

Dr Mahathir dijangka akan menghadap Agong jam 5 petang ini di Istana Negara.

Sebentar tadi, Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Comment