5 presiden parti bermesyuarat sebelum menghadap YDPA hari ini bentuk kerajaan
03:02 Feb 25, 2020  |  By SabahKini2
5 presiden parti bermesyuarat sebelum menghadap YDPA hari ini bentuk kerajaan

Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bersetuju untuk bertemu ahli Parlimen dari parti berasingan secara berkumpulan hari ini.

KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi 5 parti bermesyuarat pagi ini sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini

Ia susulan pertemuan tertutup pemimpin Umno dan PAS lewat malam tadi di ibu pejabat Umno di sini.

Difahamkan presiden Umno, PAS, PPBM, Warisan Sabah dan GPS Sarawak sedang merangka satu kompromi politik dalam kalangan mereka, memandangkan blok politik bergegas untuk mendapatkan kedudukan majoriti bagi mengisi kekosongan yang wujud selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

Lima pemimpin parti itu ialah Ahmad Zahid Hamidi (Umno), Abdul Hadi Awang (PAS), Muhyiddin Yassin (PPBM), Shafie Apdal (Warisan) dan Abang Johari Openg (GPS).

Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bersetuju untuk bertemu ahli Parlimen dari parti berasingan secara berkumpulan hari ini.

Difahamkan mesyuarat di Istana Negara itu akan bermula dengan GPS, diikuti PAS, dan kemudian Umno, kira-kira jam 1 petang.

“Lima pemimpin itu dijangka mengadakan sidang akhbar bersama hari ini,” kata sumber

Peletakan jawatan Tun Dr Mahathir semalam sebagai Perdana Menteri akhirnya telah membubarkan kabinet Malaysia sementara itu Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri Interim.

Beliau juga meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM, dalam masa sama Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan. Ia membuka ruang kepada gabungan baru bagi mengambil alih kuasa.

 

Comment