MP BN, PAS naik bas ke Istana Negara
16:02 Feb 25, 2020  |  By SabahKini2
MP BN, PAS naik bas ke Istana Negara

Hari ini giliran semua MP BN dan PAS atau Muafakat Nasional akan mengadap YDPA untuk menyatakan sokongan siapa bakal menjadi PM ke 8! atau kekalkan Tun M sebagai PM.

KUALA LUMPUR: Anggota ahli Parlimen Umno dan PAS bergerak bersama-sama menaiki bas ke Istana Negara, selepas berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra sejak pagi tadi.

Antara wakil rakyat Umno yang berkumpul sejak 10 pagi tadi Annuar Musa (Keterah), Ismail Sabri Yaacob (Bera), Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) dan Najib Razak (Pekan) turut menaiki bas ke Istana Negara

Antara wakil rakyat PAS Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai), Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas), Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok), dan Takiyuddin Hassan (Kota Bharu).

Semalam, Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS mendakwa PAS dan Barisan Nasional mempunyai majoriti mencukupi untuk ditunjukkan kepada Agong.

 

Comment