Selepas semua Ketua Parti bertemu PM, giliran Shafie Apdal Esok
17:02 Feb 25, 2020  |  By SabahKini2
Selepas semua Ketua Parti bertemu PM, giliran Shafie Apdal Esok

Selepas semua ketua parti bertemu termasuk Presiden UMNO Zahid Hamidi, giliran Shafie Apdal pula esok bertemu PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad dijangka bertemu Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal esok, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

PMO dalam kenyataan juga memaklumkan Mahathir hari ini mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Antara yang hadir termasuk Anwar Ibrahim mewakili PKR, Lim Guan Eng mewakili DAP, Mohamad Sabu mewakili Amanah, Muhyiddin Yassin mewakili PPBM, Ahmad Zahid Hamidi mewakili Umno, Abdul Hadi Awang mewakili PAS, dan Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg mewakili Gabungan Parti Sarawak.

“Mahathir juga turut mengadakan pertemuan dengan Azmin Ali,” katanya.

Hari ini ahli parlimen daripada Muafakat Nasional dan beberapa pro Azmin Ali mengadap Yang Dipertuan Agong. Dijangka esok Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan mengadap Agong.

3 Comments