Politik Caca Marba Malaysia: Siapa Kerajaan atau bubar?
08:02 Feb 26, 2020  |  By SabahKini2
Politik Caca Marba Malaysia: Siapa Kerajaan atau bubar?

Jika kumpulan Anwar 92 kerusi sokong Tun M, maka PH2.0 akan berjaya. Lebih kurang muka-muka yang sama dalam PH1.0 iaitu pimpinan rejim DAP-PH setahun 9 bulan yang telah runtuh masih ada dalam kabinet.

Ini anggaran saya kiraan kerusi Ahli Parlimen selepas semua 222 MP mengadap SPB YDP Agong hari ini.

PKR -39
DAP -42
PAN -11

Jumlah 92 kerusi mungkin sokong Anwar calon PM. Mengapa tidakā‰


BN -42
PAS -18
PBRS -1

Jumlah 61 kerusi semalam tidak sokong Tun M bersama DAP & minta segera dibubar Parlimen.


9 Warisan sokong siapa? Semalam saya ada terjumpa MP Warisan di Istana kata dia sokong Tun M.
Siapa lagi sokong Tun M jadi PM?

9 -Warisan 
26- PPBM
11 -Azmin 

GPS mungkin 12 (tidak semua sokong sebab ada juga yang minta bubar)
Jumlah Tun M baru 58 sokongan.

Maka rancangan PH2.0 / Kerajaan Mahathirisme akan GAGAL!

Anwar tidak cukup kerusi
Tun M tidak cukup kerusi

Namun jika kumpulan Anwar 92 kerusi sokong Tun M, maka PH2.0 akan berjaya. Lebih kurang muka-muka yang sama dalam PH1.0 iaitu pimpinan rejim DAP-PH setahun 9 bulan yang telah runtuh masih ada dalam kabinet. Apa faedah yang dicapai? Tiada!

Keputusan paling tepat sekarang ialah sebagaimana keputusan Muafakat Nasional. Bubarkan Parlimen dalam masa yang terdekat.

“Suara Rakyat Suara Keramat -

Bubar Parlimen Keputusan Yang Tepat”

Ahmad b Maslan MP Pontian- 26/2/2020

3 Comments