Mukhriz kekal MB Kedah
14:02 Feb 27, 2020  |  By SabahKini2
Mukhriz kekal MB Kedah

Pemimpin PKR, Amanah, dan DAP berada pada sidang media sama bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz.

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mengekalkan jawatannya selepas menerima sokongan daripada ahli Dewan Undangan Negeri pelbagai parti.

Beliau berkata kerajaan Kedah sekarang gandingan Pakatan Harapan dan PPBM.

“Kesepakatan ini menjamin kerajaan negeri macam biasa,” kata Mukhriz pada sidang media di kediamannya hari ini.

Mukhriz menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin pagi tadi untuk membincangkan krisis politik semasa di peringkat persekutuan dan kesannya kepada kerajaan negeri.

Beliau juga menyerahkan surat sokongan daripada 18 wakil rakyat kepada sultan.

Pemimpin PKR, Amanah, dan DAP berada pada sidang media sama bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz.

PPBM keluar PH pada awal minggu ini menyebabkan beberapa kerajaan negeri berada dalam kedudukan minoriti, dengan Kedah – negeri halaman Dr Mahathir Mohamad – paling berbahaya.

Terdapat 36 kerusi DUN di Kedah, dengan PAS 15 kerusi, PPBM 6, PKR 7, Amanah 4, DAP 2 dan Umno 2.

Kedudukan ini masih kekal sehingga perubahan terbaru Kerajaan Persekutuan yang kini masih tergantung menunggu keputusan Yang Dipertuan Agong. Menurut laporan berita Majlis Raja-raja Melayu dijadualkan akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, selepas solat Jumaat esok.

 

Comment