Ahmad Faizal kekal MB Perak
16:02 Feb 27, 2020  |  By SabahKini2
Ahmad Faizal kekal MB Perak

Ahmad Faizal memaklumkan Kerajaan Perak masih berfungsi seperti biasa di sebalik perkembangan yang berlaku di peringkat Persekutuan.

Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu masih kekal bertugas sebagai Menteri Besar Perak seperti biasa dengan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan.

Turut bertugas, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) sedia ada.

Ahmad Faizal memaklumkan Kerajaan Perak masih berfungsi seperti biasa di sebalik perkembangan yang berlaku di peringkat Persekutuan.

“Saya masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab Menteri Besar menurut yang diamanahkan dan kekal mendapat sokongan majoriti ADUN Perak, manakala barisan EXCO juga begitu.

“Saya sudah menyembah maklum kedudukan politik negara dan negeri kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Beliau mengharapkan persefahaman rakyat dalam membantu usaha yang sedang dijalankan agar kemelut politik melanda negara ketika ini, dapat diatasi dengan baik demi kepentingan semua.

“Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah, membolehkan kita mendapat penyelesaian terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya.

Sehingga ke hari ini semua komponen PH seperti DAP, Amanah dan PKR masih terus menyokongnya sebagai Menteri Besar. Belum ada ketetapan dari pucuk pimpinan masing-masing berhubung scenario politik hari ini selepas Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan

 

1 Comment