'Tiada siapa ada majoriti, penentuan di Dewan Rakyat- Dr M
04:02 Feb 28, 2020  |  By SabahKini2
'Tiada siapa ada majoriti, penentuan di Dewan Rakyat- Dr M

Mahathir berkata cara terbaik untuk menyelesaikan kedudukan itu pada sesi khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini.

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong mendapati tidak ada seorang pun pemimpin yang mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan, kata Perdana Menteri sementara Dr Mahathir Mohamad.

 “Seri Paduka minta semua ahli Parlimen beri kenyataan kerana mereka buat akuan berkanun tetapi baginda tidak pasti jadi baginda mahu mereka buat kenyataan di hadapan baginda.

“Hasilnya ialah Seri Paduka mendapati tiada siapa yang mempunyai majoriti ketara,” kata perdana menteri sementara kepada pemberita selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi di Pejabat Perdana Menteri

Mahathir berkata cara terbaik untuk menyelesaikan kedudukan itu pada sesi khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini.

“Pilihan raya mengejut akan diadakan sekiranya sesi Parlimen khas 2 Mac ini gagal mencapai majoriti sewajarnya untuk memilih PM,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pembentukan kerajaan “yang tidak memihak kepada mana-mana parti”, beliau berkata sesiapa sahaja berhak menjadi calon PM termasuk ahli Parlimen bebas.

“Jika mereka layak, mereka boleh dipilih,” katanya.

Bagaimanapun pendedahan perbincangan Tun Dr Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong ini dipersoalkan oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin PH sebagai mendahului keputusan Majlis Raja-raja yang bakal bersidang hari ini

Comment