Bersatu sokong Muhyiddin calon PMke-8
05:02 Feb 28, 2020  |  By SabahKini2
Bersatu sokong Muhyiddin calon PMke-8

Apakah Muhyiddin Yassin akan jadi PM 8?

Selepas pertemuan Muhyddin Yassin bersama Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, pemimpin Bersatu yang hadir di kediaman Presiden Bersatu itu menunjukkan sokongan penuh terhadap pencalonannya sebagai perdana menteri.

Diminta mengulas mengenai sama ada pertemuan hari ini membincangkan sokongan mereka terhadap pencalonan itu, anggota parlimen Alor Gajah, Redzuan Mohd Yusof, mengakuinya.

"Yes (ya), sokong pencalonan yang disebutkan oleh Mahathir sebagai PM ke-8,"

Redzuan berkata mereka “bincang dari segi reaksi”. katanya kepada pemberita di hadapan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Mahathir yang merupakan Perdana Menteri sementara mengesahkan bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tengah hari tadi, termasuklah kemungkinan Muhyiddin menjadi calon perdana menteri dari Bersatu.

Mengenai sokongan ahli Parlimen, beliau yakin dengan 11 ahli Parlimen bebas yang diketuai bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali

Turut kelihatan daripada blok Azmin ialah ahli parlimen Ampang, Zuraida dan setiausaha politik kepada Azmin, Hilman Idham turut kelihatan keluar dari kediaman tersebut.

 

 

3 Comments