PH buat kejutan, Dr Mahathir U-Turn jadi PM
11:02 Feb 29, 2020  |  By SabahKini2
PH buat kejutan, Dr Mahathir U-Turn jadi PM

Selepas meletak jawatan PM, membubar kabinet, menjadi PM Interim, mencalonkan Anwar sebagai PM akhirnya Tun M U-Turn menjadi PM semula

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya pendeknya, gabungan parti itu memaklumkan, ia berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan Pakatan Harapan dalam kerajaan.

“Pakatan Harapan merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada PRU14.

“Pakatan Harapan bertegas menentang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksana hingga kini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Comment