(VIDEO) Muhyiddin syukur kemelut PM8 berakhir
07:03 Mar 01, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Muhyiddin syukur kemelut PM8 berakhir

Beliau turut menjunjung rasa terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu

Video TV3- Tan Sri Muhyiddin bersujud dan memanjatkan doa kesyukuran di kediamannya di Damansara
Petaling Jaya selepas diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa syukur berakhirnya kemelut perlantikan Perdana Menteri kelapan setelah pihak Istana Negara mengesahkan beliau dipilih ke jawatan itu.

Beliau turut menjunjung rasa terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu

“Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sebab itu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya.

“Kita telah pun berisitiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah diberikan Allah kepada saya,” katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berharap agar rakyat Malaysia dapat menerima keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong

“Saya hanya menohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan diumumkan Istana Negara hari ini.

“Saya dimaklumkan bahwa majlis mengangkat sumpah, ikut makluman diberitahu akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada pagi esok jam 10.30,” katanya lagi. -MG

Comment