(VIDEO) Tian Chua diserang penyokong PKR taksub Anwar
15:03 Mar 01, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Tian Chua diserang penyokong PKR taksub Anwar

Jeritan dan laungan “pengkhianat” dihamburkan kepada Tian Chua sehingga ada yang membaling botol air ke arahnya.

Ibu pejabat PKR di Tropicana kecoh apabila ratusan penyokong parti itu ‘mengamuk’ sambil melaungkan kata-kata kesat.

Mereka yang kelihatan marah dan tidak sabar menjerit-menjerit “pengkhianat”, “anjing” dan “pecat” kepada beberapa pemimpin PKR yang dikatakan telah menikam parti itu dari belakang.

Menerusi rakaman video berdurasi lebih satu minit yang sedang tular ketika ini itu, Tian Chua dilihat diserbu sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR pro Anwar Ibrahim

Dalam insiden mencemaskan itu, Tian Chua turut ditolak selain ditampar pada bahagian kepala.

Tidak cukup dengan itu, bekas Ahli Parlimen Batu itu dilihat disimbah dengan air dan dibaling dengan botol ketika cuba dibawa memasuki sebuah kenderaan.

Kumpulan tersebut turut kedengaran menjerit  “pengkhianat” kepada Tian Chua.

Teruk “dibelasah” dan diserang penyokong PKR bekas Timbalan Ketua AMK, Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Pulau Pinang.

Insiden dipercayai berlaku ekoran penyokong PKR berkenaan berang selepas Tian Chua kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menumbangkan kerajaan PH.

 

 

 

Comment