GPS sokong Muhyiddin PM-8
01:03 Mar 02, 2020  |  By SabahKini2
GPS sokong Muhyiddin PM-8

'No DAP' GPS tetap berdiri tegak menyokong Tan Sri Munyiddin sebagai Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendirian menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Katanya, GPS tetap menyatakan pendirian untuk menyokong gabungan baharu Muhyiddin.

“Kita sudah nyatakan pendirian (sokong Muhyiddin),” katanya kepada media selepas ditemui di rumah Muhyiddin, siang tadi.

Abang Johari Openg dan timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kedua-duanya tiba di kediaman peribadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk lawatan tidak rasmi hari ini.

Ahli Parlimen GPS itu tiba sekitar jam 6.10 petang.

GPS sebelum ini mengubah sokongan daripada Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu disifatkan “tidak tegas”.

GPS mengulangi pendiriannya untuk menjadi entiti politik Sarawak yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Kelapan tanpa menjadi ahli Perikatan Nasional.

Comment