IMAN Badak Sumbu Sumatra betina terakhir negara beransur pulih
07:12 Dec 23, 2017  |  By SabahKini2
IMAN Badak Sumbu Sumatra betina terakhir negara beransur pulih

PART 4: THE RAINFOREST HEROES OF SABAH kali ini membawa anda mengenali IMAN satu-satunya badak sumbu Sumatra betina yang masih hidup di negara ini.Kini sedang sakit

PART 4: THE RAINFOREST HEROES OF SABAH – RHINOS

Sayangi IMAN dan Badak Sumbu Sumatra

Link Youtube: Sila klik

Rakyat Malaysia mahu mengetahui siapa IMAN?

Satu-satunya badak sumbu Sumatra betina yang hidup dalam peliharaan di negara ini setelah kematian Puntung kira-kira enam bulan lepas akibat  barah. Iman dikatakan sedang bergelut dengan penyakit tumor dalam Rahim.

Saksikan Dokumentari Khas THE RAINFOREST HEROES OF SABAH – RHINOS di Santuari Badak Sumbu Borneo di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.

Usaha-usaha Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Musa Aman jelas terus memelihara khazanah alam yang kita ada di negeri Sabah. Pusat pemeliharaan Badak Sumbu, Orang Utan, Beruang Madu, penjagaan hutan melalui pertambahan Rezab Hutan Negeri termasuklah pemeliharaan Hutan Paya Bakau dan banyak lagi.

Jika ada betina mesti ada jantannya. Anda mahu tahu Badak Sumbu Sumatra jantan terakhir di Negeri Sabah dan mungkin di Malaysia?Namanya KERTAM! atau TAM. Atau anda merindui kelibat Puntung yang kini tinggal kenangan.

Saksikan dokumentari khas yang menarik ini.

 

 

IMAN

 

PUNTONG

BADAK SUMBU JANTAN- KERTAM-TAM

KENANGAN: PERTEMUAN TAM DAN PUNTONG

 

Media Bernama menyiarkan berita Iman pada 22 Disember lalu.

Kesihatan Iman Pulih Sedikit

KOTA KINABALU, 22 Disember -  Iman, satu satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan di Malaysia dan sedang bergelut dengan penyakit tumor dalam rahim, menunjukkan kesihatan yang bertambah baik sedikit hari ini walaupun keadaannya masih lagi serius, kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga.

Menurutnya walaupun Iman berupaya makan dan minum lebih banyak semalam, haiwan itu masih  perlu makan dan minum lebih banyak lagi bagi memulihkan tenaganya.

"Ia terbaring dari pukul 11 malam tadi hingga kira-kira pukul 6 pagi ini. Ia makan 200 gram daun sekitar pukul 7.30 pagi dan minum air kosong serta air yang dicampur dengan vitamin dan mineral.

"Ia berjalan dan berdiri di tempatnya bermalam serta sekali-sekala duduk bertopangkan sternumnya. Pada sebelah petang, ia makan 1.5 kg daun dan minum air," kata Tuuga dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata veterinawan yang menjaga haiwan itu di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memberi infusi ubat dan suplemen sebanyak 11 liter serta antibiotik, ubat tahan sakit, Vitamin K, Ranitidine bagi mengurangkan asid gastrik dan Diazepam bagi merangsang seleranya.

Menurut beliau, pendarahan masih berlaku, tetapi kurang berbanding semalam dan haiwan itu masih belum mengeluarkan bunyi.

"Kami perlu menilai keadaannya setiap hari. Kami harap esok akan lebih baik daripada hari ini," katanya.

Iman dikesan menghidap  tumor 'uterine leiomyoma' apabila ia mula mengalami pendarahan  pada 14 Dis.

Haiwan itu adalah satu-satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan di negara ini setelah kematian Puntung kira-kira enam bulan  lepas akibat  barah.

 

79 Comments