Warisan nafi Kerajaan Negeri Sabah bakal tumbang, tapi..
04:03 Mar 04, 2020  |  By SabahKini2
Warisan nafi Kerajaan Negeri Sabah bakal tumbang, tapi..

Apakah benar SD-SD sedang dikumpulkan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah yang dulu dirampas melalui 'pintu belakang'?

KOTA KINABALU: Selepas desas-desus sasaran 5 negeri Perikatan Nasional termasuk Sabah, Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Loretto Padua menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan kononnya berlaku perubahan kerajaan di negeri Sabah akibat impak politik di peringkat persekutuan.

“Ini tidak benar, dan ini semua adalah mainan bagi mengurangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri Sabah,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan juga Ahli Parlimen Warisan sentiasa berpegang kepada prinsip selain berintegriti tinggi dan setia kepada perjuangan parti. 

“Sokongan serta kesetiaan Adun dan Ahli Parlimen Warisan kepada parti dan kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak boleh dipersoalkan,” katanya. 

DAP Sabah sanggah kerajaan bertukar

Sementara itu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon berkata,isu merampas kerajaan Sabah tidak pernah wujud memandangkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah pemimpin kepada semua bangsa dalam negeri ini.

"Semua wakil rakyat kita gembira dengan kepimpinan beliau, saya pun gembira kerana beliau membawa Sabah ke landasan yang betul.

Beliau berkata, Sabah mempunyai jumlah 65 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk lima ADUN dilantik dan 48 kerusi adalah dimiliki Parti Warisan Sabah (WARISAN), UPKO dan Pakatan Harapan (DAP dan PKR).

Katanya, kemelut politik yang berlaku di peringkat Pusat tidak akan menjejaskan pentadbiran Kerajaan Sabah khususnya dalam kalangan Ahli DUN.

"Bagi DAP Sabah, komitmen dan prinsip kami adalah sangat kuat dan kukuh kepada kerajaan Sabah.

Portal Sinar Harian online sebelum ini mendedahkan 5 negeri bakal bertukar selepas PH tumbangan di negeri Johor dan Melaka.

[ARTIKEL BERKAITAN- Perikatan Nasional Sasar Rampas 5 Negeri ]

 

Pengumpulan SD pembangkang dan YB Warisan

Desas-desus bertiup kencang di Sabah juga ialah usaha beberapa pemimpin pembangkang termasuk wakil rakyat Warisan atau UPKO yang bertemu sejak beberapa hari ini mengumpul SD bagi menumbangkan kerajaan Warisan.

Sikap sombong Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah untuk tidak bekerjasama menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baru-baru ini sebagai titik tolak Gerakan itu dilakukan.

Menurut sumber Loretto Padua Setiausaha Agung Warisan turut mengarahkan semua bahagian bersedia untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri sekiranya SD mengumpulkan sokongan oleh pembangkang berjaya disempurnakan.

 

 

 

 

14 Comments