Selepas diasak di mahkamah, Latheefa Koya letak jawatan KP SPRM
13:03 Mar 06, 2020  |  By SabahKini2
Selepas diasak di mahkamah, Latheefa Koya letak jawatan KP SPRM

Selepas PH tumbang, Latheefa tahu dia perlu berhenti menjadi KP SPRM. SPRM rosak di zaman beliau. Paling memalukan 9 rakaman audio yang didedahkannya kepada media 8 Januari tidak dapat disahkan tulen

KUALA LUMPUR: Spekulasi peletakan jawatan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dihidu sejak 2 Mac lalu.

Semalam selepas diasak kuat oleh Tan Sri Muhammad Shafiee Abdullah, Latheefa Koya mengaku tidak dapat mengesahkan ketulenan 9 rakaman audio yang didedahkannya kepada media 8 Januari lalu. Pengakuan itu mengundang kecaman netizen tentang niat bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Latheefa Koya mengaku tidak boleh sahkan ketulenan 9 rakaman audio ]

Berdeban kontroversi itu hari ini Latheefa dalam satu kenyataan mengesahkan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri isnin lalu.

 “Ia adalah keputusan saya sendiri. Spekulasi yang mengatakan saya ditekan untuk berbuat demikian adalah tidak berasas.

“Niat saya adalah untuk kembali praktis sebagai peguam hak asasi, ” katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Pada masa sama, Latheefa berkata, beliau berjumpa dengan Perdana Menteri, semalam bagi memberi penjelasan berhubung keputusannya untuk meletakkan jawatan.

“Kami mengadakan perbincangan yang sangat mesra dan beliau faham berhubung kedudukan saya.

“Saya juga menjelaskan kepada Perdana Menteri berhubung usaha dan tindakan yang sedang dilaksanakan untuk memulangkan semula wang 1MDB di luar negara. Beliau sangat menyokong penuh usaha ini, ” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menemui dan memberi taklimat kepada timbalannya, Datuk Seri Azam Baki serta ketua jabatan SPRM untuk memastikan penyerahan tugas dapat dilaksanakan secara teratur.

“SPRM akan melaksanakan tugas seperti biasa di bawah barisan pegawai saya yang berkebolehan.

“Saya melepaskan jawatan saya dengan penuh keyakinan bahawa SPRM akan terus berusaha tanpa lemah dan tanpa kompromi dalam perjuangan menentang rasuah, tanpa mengira kedudukan atau pesalah politik.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu, bagi tempoh kontrak selama dua tahun.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon kontraknya dipendekkan daripada yang sepatutnya pada 17 Mei 2020.

Pelantikan Latheefa sebelum ini mengundang kritikan, antara lain dikatakan bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) mengenai lantikan politik dan menjejaskan fungsi SPRM sebagai badan bebas.

Cadangan Pegawai Pejabat Peguam Negara sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

Turut menjadi perbualan dikalangan pegawai SPRM ialah desas-desus pegawai dari pejabat Peguam Negara dikatakan bakal dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM bukannya Datuk Seri Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang paling kanan sepatutnya menjawat jawatan KP SPRM.

Datuk Seri Azam Baki adalah pegawai SPRM paling berpengalaman menjalankan tugas itu.

Ramai bimbang jika sekiranya pegawai daripada Pejabat Peguam Negara itu adalah ‘orang kanan’ kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang meletak jawatan baru-baru ini.

 

 

Comment