Larangan Hadir Majlis Amanat PM, Kami mahu macam Kelantan kata Azis Jamman
04:03 Mar 07, 2020  |  By SabahKini2
Larangan Hadir  Majlis Amanat PM, Kami  mahu macam Kelantan kata Azis Jamman

Sejak Shafie Apdal mengumumkan Kerajaan Negeri menjadi pembangkang Majlis Amanat PM penjawat awam pun dilarang. Menurut Azis Jamman mereka mengambil contoh Negeri Kelantan. Warisan mahu jadi Kerajaan Pembangkang macam Kelantan.

KOTA KINABALU- Selepas sahaja Kerajaan Negeri Sabah memilih untuk menyokong Tun Dr Mahathir dan ‘Kerajaan Pembangkang’ tular pula surat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong bertarikh 5 Mac 2020 melarang penjawat awam ke Majlis Amanat Perdana Menteri Malaysia yang baharu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis Amanat bersama Perdana Menteri itu dilaporkan diadakan dalam tempoh terdekat.

Membuktikan Kerajaan Negeri Sabah sebagai kerajaan pembangkang, Shafie Apdal pada 5 Mac lalu melalui Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengarahkan penjawat awam di Sabah tidak perlu hadir Majlis Amanat YAB Perdana Menteri yang membayangkan dasar ini akan dilaksanakan secara berterusan di Sabah.

Arahan ini jelas memberi mesej yang salah kerana YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik dengan perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong. Ia boleh dianggap satu penghinaan kepada Yang Dipertuan Agong. Penjawat awam adalah pegawai yang berkecuali dan tidak wajar dilibatkan dalam kancah politik sempit.

“Sepatutnya Datuk Safar Untong selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah menasihati Ketua Menteri bagi hal urusan penjawat awam ini.

‘Tidak betul cara ini, penjawat awam di Kelantan pun tetap hadir dalam perhimpunan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) untuk mendengar  amanat ucapan YAB Perdana Menteri, tiada isu”. Kata Mohd Zakri dalam laman sosial

Terbaru menjawab isu bekas Timbalan Menteri KDN Datuk Azis Jamman berkata isu larangan penjawat awam itu sebagai perkara biasa dari kerajaan pembangkang seperti Kelantan.

“Penjawat awam di negeri Kelantan sejak sekian lama dilarang untuk hadir acara-acara Kerajaan Persekutuan, kenapa tidak komen?” Kata Azis Jamman

 

 

 

10 Comments