Asyik lompat sana, lompat sini Warisan tidak akan lompat ke kem Muhyiddin kata Shafie
08:03 Mar 08, 2020  |  By SabahKini2
Asyik lompat sana, lompat sini Warisan tidak akan lompat ke kem Muhyiddin kata Shafie

Untuk rekod, Kerajaan Negeri yang diterajui Warisan dibentuk bersama PKR, DAP dan UPKO hasil lompatan 6 Adun BN ke Warisan pada 12 Mei 2018.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (WARISAN) sekali lagi kekal dengan pendirian untuk tidak melompat ke dalam kem Perikatan Nasional (PN) di peringkat Pusat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa beliau tidak mahu penyakit politik budaya  lompat parti berterusan merebak ke negeri ini.

“Kenapa saya perlu difikirkan semula pendirian WARISAN kepada PM Ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin? Pendirian ini untuk orang Sabah,” katanya.

Shafie berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang memintanya memikirkan pendirian semula.

Presiden WARISAN itu ditemui pemberita pada sidang media sempena Majlis Perasmian Karnival Kesihatan Awam di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, di sini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan pendirian itu juga bukan kerana kepentingan jawatan atau pangkat yang ada tetapi tidak mahu terikut dengan ‘gelombang politik’ yang berlaku.

“Kalau kita mendidik masyarakat dengan asyik lompat sana, lompat sini, berapa lama kita mahu begini? Sampai cucu kita pun akan terikut melompat juga 

“Kita mesti ada prinsip dalam hidup. Apa yang kita perjuangkan?.

Ditanya sekiranya Sabah tidak mahu mengikut pendirian Kerajaan Negeri Sarawak pula, beliau tertawa dan menyifatkan Sarawak ada cara tersendiri, begitu juga dengan Sabah.

Kerajaan Warisan hasil dari 'Lompat Parti'

Untuk rekod, Kerajaan Negeri yang diterajui Warisan dibentuk bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP) dan Pertubuhan Kinabalu hasil lompatan 6 Adun BN ke Warisan pada 12 Mei 2018.

Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan juga telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri walaun Tan Sri Musa Aman sudah mengangkat sumpah terlebih dahulu sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei 2018.

Selepas tempoh itu ramai lagi Adun BN yang terpaksa melompat ke Warisan diugut dan dijanjikan pelbagai jawatan termasuk melantik lagi beberapa Adun lantikan di bawah kuasa Ketua Menteri.

Pemimpin UMNO juga telah melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah untuk menjadikan mereka sebahagian dari kerajaan namun masih tidak sebulu.

Malah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan disiasat SPRM namun tuduhan menerima RM20 juta gagal dibuktikan. Adun BN yang melompat ditawarkan wang dan jawatan tidak disiasat SPRM.

Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM?

Bagaimanapun baru-baru ini terdapat desas-desus kerajaan Negeri Sabah bakal tumbang apabila Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan Pusat yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM 1 juta habuan Adun Sabah sokong Shafie Apdal kekal Kerajaan Warisan? ]

Bimbang keadaan itu Shafie Apdal telah bertemu semua Adun dan dikatakan diberi habuan RM 1 juta seorang untuk kekal menyokong Shafie Apdal.

 

5 Comments