(VIDEO) Syed Saddiq Kena Panggang Dalam Al -Jazeera
10:03 Mar 08, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Syed Saddiq Kena Panggang Dalam Al -Jazeera

Anda kata demokrasi Malaysia telah dirosakkan akibat pembentukan kerajaan baru tanpa PRU. Tapi bukankah Mahathir juga mahu melakukan perkara yang sama minggu lepas? Membentuk kerajaan baru yang mengetepikan Anwar tanpa PRU.

Oleh: Nabeel Naqie

Mehdi Hasan (M): Ia telah digambarkan sebagai Game of Thrones Malaysia. Perletakan jawatan mengejut Perdana Menteri Malaysia, Mahathir yang berusia 94 tahun yang kemudiannya dilantik sebagai PM interim, dilihat sebagai satu lagi pertengkaran dengan bakal penggantinya Anwar Ibrahim.

Namun tak lama selepas itu, Anwar dan Mahathir bergabung semula dan cuba untuk membentuk sebuah kerajaan baru...hanya untuk mendapati diri mereka terpinggir apabila Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8. Jadi apa kesilapan strategi yang telah dilakukan Mahathir dan apakah implikasinya kepada negara?

Bersama saya dari Kuala Lumpur adalah Syed Saddiq, seorang Ahli Parlimen yang telah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan di dalam kerajaan PH Mahathir. Terima kasih kerana sudi bersama kami dalam rancangan Upfront.

Baiklah...ia telah menjadi 2 minggu yang sangat kelam kabut di dalam politik Malaysia. Hanya seminggu lepas Mentor anda Mahathir Mohamad kelihatan gembira untuk kekal sebagai PM melangkaui usia yang semua boleh bayangkan apabila beliau berkuasa pada 2018. Kini beliau tiada lagi, beliau telah dipinggirkan dan beliau mendakwa kononnya ada taktik kotor dan beliau kononnya telah dikhianat. Bagaimana semua ini boleh berlaku?

Syed Saddiq (SS): Ia jadi seperti ini kerana terbentuknya sebuah kerajaan haram pintu belakang. Tanpa pengetahuan Dr Mahathir rakannya sendiri (Muhyiddin) telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Kleptokrat Global yang terkenal di seluruh dunia untuk membentuk kerajaan pintu belakang dengan menjatuhkan kerajaan PH yang terpilih secara demokratik. Saya rasa ia adalah hari yang sangat menyedihkan bagi demokrasi Malaysia.

M: Terdapat kebimbangan tentang kesahihan kerajaan baru ini, anda kata ia adalah kerajaan pintu belakang yang tidak sah, tidak dipilih oleh rakyat....
Akhbar The Guardian UK pula telah mengatakan keputusan Agong melantik Muhyiddin sebagai PM adalah merupakan rampasan kuasa Istana. Anda setuju dengan gambaran ini?

SS: Saya rasa adalah tidak adil untuk menyalahkan Agong. Realitinya adalah, pemimpin kerajaan sekarang telah memberi gambaran dan angka-angka yang salah kepada Agong.
Contohnya, Presiden parti saya telah mendakwa yang saya menyokong beliau. Kononnya saya tandatangan SD menyokong beliau termasuk Tun M dan juga DS Mukhriz juga menyokong beliau.

Jadi apabila di mengadap Agong, dia telah mendakwa kononnya mempunyai sokongan 36 ahli parlimen PPBM tetapi hakikatnya ia tidak sebegitu.

M: Tetapi Agong sememangnya telah membuat keputusan...dan anda pula mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen. Tetapi Agong telah membuat keputusan dan melantik Muhyiddin sebagai PM. Apakah Mahathir tidak jangkakan ini berlaku? Adalah dia silap percaturan? Bagaimanakah pakar strategi politik yang telah begitu lama bergelumang di dalam politik boleh ditewaskan oleh Muhyiddin? Adakah dia tidak tangkas, adakah dia terlalu tua?

SS: Saya rasa adalah salah bagi mereka untuk mendakwa bahawa Dr Mahathir adalah merupakan arkitek langkah ini. Itulah yang mereka cuba kenakan. Kononnya langkah ini adalah bermatlamat untuk melindungi kepimpinan Tun M dari serangan berterusan Anwar dan DAP.

Realitinya adalah, Tun M menolak bentuk kerajaan seperti ini. Beliau mahu terus bekerja bersama parti-parti yang telah memenangi PRU. Bukan secara tiba-tiba membuka pintu kerajaan kepada Kleptokrat Global untuk bersama.

M: Anda katakan Mahathir mahu bekerja bersama pemimpin2 PH. Bukankah ada masalah di situ? Ya, memang dia telah menepati janji untuk tidak bekerjasama dengan UMNO yang anda gelar sebagai Kleptokrat Global. Namun dia juga telah mungkir janji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Itulah janji pilihanraya anda, itulah yang anwar percaya. Sekiranya beliau berpegang kepada janji tersebut, mungkin anda tidak akan berada seperti keadaan sekarang, berpecah belah di merata tempat.

SS: Beliau telah berpegang pada janji. Faktanya adalah, ketika perbincangan terakhir ketika Majlis Presiden PH yang dihadiri Tun M dan Anwar termasuk saya, telah ada satu persetujuan untuk memberi ruang kepada Tun M untuk meneruskan pentadbiran dan apabila masa yang tepat tiba, untuk Tun M menyerahkan kuasa kepada Anwar. Persetujuannya adalah selepas APEC.

M (sambil ketawa): Kejap! Anda kata apabila masa yang tepat tiba Tun M akan serahkan kuasa....tapi sebenarnya bilakah masa yang tepat itu? Kerana statement Tun M asyik berubah.
Ketika beliau baru berkuasa pada 2018, beliau kata 1 atau 2 tahun.
Kemudian beliau kata 2 ke 3 tahun.
Kemudian tak lebih dari 3 tahun.
Kemudian tidak sebelum selesainya persidangan Apec. Beliau berterusan berdolak dalih kan?

SS: Tun M sangat konsisten....

M: Konsisten apa plak tu? Kejap-kejap tukar tempoh. Itu tak konsisten langsung.
Kejap 1-2 tahun kemudian 2-3 tahun. Dari segi definisi ia tidak konsisten.

SS: Setiap keputusan telah diputuskan oleh ketua-ketua parti dengan bersama secara demokratik. Persetujuan di dalam Majlis Presiden PH minggu lepas adalah untuk membenarkan Tun M terus mentadbir dan meninggalkan jawatan selepas APEC dengan menyerahkan kepada Anwar. Ia telah dipersetujui secara konsensus. Malangnya, konsensus ini tidak diikuti dan ada pihak-pihak di luar sana yang tidak gembira dan akhirnya merosakkan demokrasi Malaysia.

M: Anda kata demokrasi Malaysia telah dirosakkan akibat pembentukan kerajaan baru tanpa PRU. Tapi bukankah Mahathir juga mahu melakukan perkata yang sama minggu lepas? Membentuk kerajaan baru yang mengetepikan Anwar tanpa PRU.

SS: Langsung tak betul. Jika Tun M benar-benar gila kuasa, beliau boleh saja kekal terus sebagai PM dan dengan pertukaran kerajaan baru, beliau kekal mengetuai kerajaan itu. Itulah yang sebenarnya mahu dilakukan oleh PN. Tetapi beliau telah meletakkan jawatan kerana kesedaran moral yang suci bahawa kerajaan yang terpilih secara demokratik tidak boleh dijatuhkan sebegini.

M: Kejap...kejap! Dia letak jawatan, tapi dia bukan nak bersara dan kamu kata dia bukan gila kuasa. Bagaimana kamu hendak gambarkan seorang yang berusia 94 tahun yang masih mahu menjadi Perdana Menteri walhal sudahpun menjadi PM sebelum anda lahir lagi?

SS: Kerana pada ketika itu, Tun M telah diberi peluang untuk mengetuai kerajaan baru yang tidak demokratik ini. Beliau telah diberi peluang namun beliau menolaknya. Beliau tidak mahu menjadi sebahagian dari pelan ini. Setelah beliau letak jawatan, beliau telah kembali bersama pasukan lamanya (PH) dan berusaha untuk mencabar perikatan haram baru ini.

M: Dengan gambaran lebih besar, saya ingin bertanya kepada anda apakah semua ini memberi kesan bagi Malaysia untuk maju kehadapan sebagai negara yang majmuk dan pelbagai agama. Anwar telah sekian lama mengatakan tentang pendekatan tidak perkauman.

Apabila beliau berkerjasama dengan Mahathir terdapat harapan bahawa ini akan menjadi Malaysia baru terutamanya bagi kumpulan minoriti. Ada yang katakan bahawa Malaysia sedang mengambil langkah terkebelakang di bawah PM baru ini. Adakah kita akan melihat polisi-polisi baru yang akan memberi keutamaan kepada Melayu termasuk ketuanan Melayu?

SS: Kita kena tunggu. Ia bukan hanya sekadar polisi berasaskan kaum. Anda juga dapat melihat kekurangan komposisi kaum bukan melayu dalam kerajaan dan kurangnya perpaduan yang pastinya tidak baik bagi Malaysia.

M: Berbalik kepada soalan saya berkenaan diskriminasi.
Pada tahun 2018, ketika kerajaan kamu sedang merancang untuk menyertai ICERD bagi menghapuskan diskrimasi kaum dan agama, ratusan ribu rakyat Malaysia telah berdemonstrasi di jalan raya menentang. Kerana mereka tidak mahu gangguan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu. Apabila ratusan ribu orang ramai berarak ke jalan raya menyokong diskriminasi, ia adalah merupakan masalah besar bagi negara kamu bukan?

SS: Tepat sekali. Dan kerana itulah kita perlu menanganinya secara perlahan tetapi pasti. Di bawah Dr Mahathir (PM 7), kabinetnya adalah merupakan kabinet paling diversiti dalam sejarah negara.
Kita lebih banyak memberi peluang kepada wanita. TPM kami Wan Azizah adalah wanita. Jawatan-jawatan utama kerajaan juga diketuai wanita. Terdapat lebih banyak representasi kaum minoriti....

M: Bukankah ia juga bermasalah kini apabila PM tidak demokratik spt yang kamu gelarkan itu juga pernah mengatakan pada tahun 2010 bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan Malaysian kemudian. Namun beliau adalah pemimpin senior dalam parti kamu. Dia bukan pemimpin parti lawan. Dia pemimpin kamu selama ini, anda tak boleh berlepas tangan begitu saja sekarang.

SS (tetibe): Mehdi, Muhyiddin adalah umpama ayah saya. Salah satu sebab saya menyertai politik adalah kerana beliau. Beliau adalah salah seorang yang berani melawan kleptokrat global, yang kemudiannya dipecat oleh partinya kerana berani bersuara. Saya menyertai parti beliau sebagai salah seorang pengasas parti.

Ibu saya seorang guru telah diugut. Saya kehilangan pekerjaan sebagai penyelidik dan pensyarah. Seluruh keluarga saya telah diugut. Wang yang begitu banyak telah ditawarkan kepada saya untuk saya menyertai kleptokrat global. Apa yang betul-betul mengecewakan saya pada hari ini adalah, pemimpin saya sendiri, ayah saya telah membuat keputusan untuk membuka pintu kerajaan dan demokrasi kepada kleptokrat global yang sama yang telah menekan saya, keluarga saya, yang memecat beliau dan mengugut keluarga beliau.

M: Saya faham itu. Tapi saya bertanya tentang perkauman dan diskriminasi. Kamu kata dia umpana ayah kepada kamu....dan saya katakan kepada kamu ketika kamu memandangnya sebagai ayah, beliau telah menyebutkan kata-kata yang agak provokatif seperti Malay 1st. Adakah anda mengkritik beliau kerana mengatakan sedemikian? Adakah anda juga menganggap diri anda Malay 1st?

SS: Saya sentiasa Malaysian 1st. Tapi saya rasa adalah tidak salah untuk saya berbangga dengan bangsa saya. Dan adalah penting bagi saya memastikan bahawa mereka yang kurang bernasib baik dan miskin layak dibantu yang malangnya majoritinya adalah orang Melayu. Itulah sebabnya apabila saya menyokong beliau, antara asas parti ini adalah bagi memastikan orang miskin Melayu dibela dengan baik.

Tapi asas parti yang paling besar adalah untuk mencabar kleptokrat global bagi memastikan pemimpin Melayu Malaysia dikenali sebagai pemimpin berintegriti yang boleh diakui oleh semua rakyat sebagai pemimpin dan tidak akan tercemar dengan korupsi, salah urus dan salah guna kuasa. Itulah sebabnya saya menyertai parti ini dan itulah juga alasan tepat saya mengapa saya sokong ayah saya TS Muhyiddin Yassin dahulu.

M: Ok lah SS. Terima kasih sudi diwawancara Upfront.

SS: Terima kasih.

[Video rakaman bual bicara Syed Saddiq di dalam TV Al Jazeera oleh Nabeel Naqie ]

2 Comments