Sulaiman Ketua Menteri Melaka ke-12 yang baharu
15:03 Mar 09, 2020  |  By SabahKini2
Sulaiman Ketua Menteri Melaka ke-12 yang baharu

Sulaiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri menyempurnakan Istiadat itu di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob petang tadi.

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Md Ali, 55, hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Kompleks Seri Negeri di sini pada Isnin.

Sulaiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri menyempurnakan Istiadat itu di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob petang tadi.

Sulaiman sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri ketika pentadbiran bekas Ketua Menteri Melaka ke-10, Datuk Seri Idris Haron pada tahun 2013 hingga 2018.

Mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan bersama Datin Munira M Yusop, Sulaiman yang juga anak jati Melaka berasal dari Kampung Durian Daun, Masjid Tanah itu mempunyai Profesional Sarjana Pengurusan Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom dan berpengalaman dalam bidang cari gali selama lebih 25 tahun.

5 Comments