Dua pegawai kerajaan Sabah nafi kaitan Parti Warisan tapi minat jadi calon
05:12 Dec 24, 2017  |  By SabahKini2
Dua pegawai kerajaan Sabah nafi kaitan Parti Warisan tapi minat jadi calon

"Kenapa saya mahu menjadi calon Warisan? Kalau BN, tentu saya tidak akan tolak" katanya. "..tidak ada sebarang motif politik mengenainya kerana saya hanya pergi ke sana selaku seorang penjawat awam.

[Freemalaysiatoday] Dua pegawai daerah (Semporna & Lahad Datu) menafikan menerima sogokan daripada Parti Warisan Sabah sebagai tawaran untuk menjadi calon parti itu dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14), seperti yang didakwa menerusi satu artikel dalam sebuah blog.

Pegawai daerah Semporna, Dr Chacho Bulah dan pegawai daerah Lahad Datu, Iman Ali masing-masing membuat laporan polis dua hari lalu selepas artikel tersebut tersebar di media sosial.



Chacho, yang kini sedang bercuti, berkata dia sangat kecewa dengan pihak yang menyebarkan cerita yang dikatakannya sebagai tidak berasas itu.

"Saya tidak pernah bertemu dengan Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal sejak dia membentuk Warisan kecuali pada satu ketika, semasa saya menghadiri pengkebumian ibunya.

"Bagaimanapun, tidak ada sebarang motif politik mengenainya kerana saya hanya pergi ke sana selaku seorang penjawat awam.

Beliau memberitahu bahawa beliau mengambil cuti semata-mata untuk membuat persiapan perkahwinan anak perempuannya dan terkejut apabila diberitahu tentang artikel itu.

"Saya telah menjemput banyak YB ke majlis perkahwinan anak saya dan saya ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa artikel ini tidak lain hanyalah dusta dan fitnah terhadap saya.

"Kenapa saya mahu menjadi calon Warisan? Kalau BN, tentu saya tidak akan tolak" katanya.

Sementara itu, Iman juga turut mengesahkan bahawa dia telah membuat laporan polis dan salinan laporan itu telah dihantar kepada pihak atasan beliau dan juga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau kekal menyatakan bahawa dirinya tidak bersalah dalam perkara ini tetapi hanya akan memberi komen mengenainya selepas cuti Krismas.

Artikel "Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah sebagai calon Parti Warisan" diterbitkan di SabahKini2.com pada hari Jumaat yang lepas.

Tuduhan yang serius itu telah mendorong kedua-dua Chacho dan Iman memutuskan untuk menghubungi SPRM dengan tujuan membersihkan nama serta mengelakkan sebarang salah faham.

Portal itu sebelum ini, telah menimbulkan kemarahan para pemimpin Warisan dalam beberapa siri laporan yang tidak  sahih mengenai parti itu, terutamanya Shafie.

Semakan mendapati bahawa SabahKini2.com telah dimulakan sejak sebulan lalu namun individu-individu di sebalik portal itu masih lagi berjaya menyembunyikan identiti mereka.

Sekurang-kurangnya dua orang telah cuba menyaman pemilik portal tersebut tetapi tidak dapat melakukannya, terutamanya kerana mereka tidak dapat menentukan siapa yang berada di sebalik portal terbabit.

 

Nota: Sabahkini2: Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Ada Pegawai Dearah yang berjumpa dengan Presiden Warisan itu sedang kepanasan sekarang. Kegiatan terhidu. Jangan lupa mereka banyak luluskan projek KKLW di kawasan yang tak bermanfaat kepada rakyat. Jalan, Paip, elektrik dan rumah. 

2 Comments