MP Labuan buat laporan polis terhadap Sabahkini2.com
20:03 Mar 11, 2020  |  By SabahKini2
MP Labuan buat laporan polis terhadap Sabahkini2.com

Labuan mahu terus maju atau tidak? Sabahkini2 tiada halangan menyiarkan penafian MP Labuan itu sebagaimana dilaporkan portal Bernama

LABUAN- Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli hari ini membuat laporan polis terhadap portal Sabahkini2.com, sebuah portal berita yang berpangkalan di Sabah, yang didakwa beliau menyiarkan laporan berbentuk fitnah yang dianggapnya telah mejejaskan reputasinya.

Beliau mendakwa laporan bertajuk ‘Rozman MP Labuan keluar Warisan sertai Muhyiddin?’ yang disiarkan sejurus sebelum senarai kabinet baharu diumumkan itu menjadi viral di pelbagai platform media sosial seperti Facebook serta WhatsApp, dan ia menimbulkan kekeliruan kepada ramai pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Saya telah membuat laporan polis terhadap blog itu bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung laporan berkenaan, dan laporan polis itu juga sebagai langkah susulan untuk tindakan seterusnya, sama ada untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang atau sebaliknya terhadap blog berkenaan,” katanya dalam satu persidangan media di sebuah hotel di sini hari ini.

Katanya selepas laporan itu disiarkan, beliau menerima banyak pertanyaan dari pelbagai pihak, terutama dari kepimpinan tertinggi Warisan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan Sabahkini2 yang merosakkan reputasi saya… saya percaya laporan itu telah viral di seluruh negara dan saya harap penafian saya yang lengkap dengan infrogafik semalam (Isnin) dan hari ini, akan memberi penjelasan terhadap sebarang kekeliruan,” tambahnya.

“Ini adalah pendirian saya sebagai Ahli Parlimen Warisan Labuan.. saya akan kekal dengan Warisan dan bersedia untuk menjadi Ahli Parlimen pembangkang bagi menyuarakan hak Labuan dan Sabah,” tambahnya.

-- BERNAMA

[Nota: Berita yang dilaporkan oleh Sabahkini2.com adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Kita akan melihat sejauh mana MP Labuan terus bertahan apatah lagi Tun M berkata Tan Sri Muhyiddin PM akan kekal bertahan walaupun undi tidak percaya dibuat]

4 Comments