Kepada Setiausaha Ketua Menteri Sabah 'Jangan menyibuk dengan UMNO'
16:03 Mar 12, 2020  |  By SabahKini2
Kepada Setiausaha Ketua Menteri Sabah 'Jangan menyibuk dengan UMNO'

Kenapa begitu sibuk dengan UMNO Sabah bukan kamu juga kata enough is enough? Nampaknya tidak senang duduk. Mana kan tidak sebelum ini mendongak ke langit kerana berada di kepimpinan pusat dan negeri akhirnya sekelip mata berubah.

Puan Izzatul Aini Nissanso
Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Wirawati Putatan

Puan;
Kenapa begitu sibuk dengan UMNO Sabah bukan kamu juga kata enough is enough? Nampaknya tidak senang duduk. Mana kan tidak sebelum ini mendongak ke langit kerana berada di kepimpinan pusat dan negeri akhirnya sekelip mata berubah.

Puan,
Ya memang UMNO Sabah dari barisan Ahli Parlimen yang cuma berjumlah dua tidak mendapat sebarang jawatan dan memegang portfolio kabinet tapi perlu diingat bahawa kami masih lagi ada barisan kepimpinan pusat UMNO Malaysia ada tersenarai dan kami yakin dan percaya dengan semangat UMNO yang bersatu, bersetia dan berkhidmat ini akan memberi faedah kepada semua. Warisan ada apa?

Sepatutnya Puan harus bertanya kepada diri sendiri dan bermuhasabah dengan rakan-rakan yang lain kerana sudah jatuh ditimpa tangga hingga tidak ada apa-apa lagi di peringkat persekutuan masih lagi mendabik dada.

Apa yang mahu dibanggakan dengan Warisan?
1. Jadi Menteri di Persekutuan, Kerajaan ranap sendiri
2. Memimpin negeri ke ambang kemusnahan, apa cerita rezab negeri Sabah? Apa cerita ekonomi negeri kini?

Puan,
Berkaitan kabinet dianggotai 80% orang Melayu, cukup-cukuplah bermain api perkauman. Puan mohon sedikit cerdas lihatlah juga senarai kabinet Bumiputera Sabah dan Sarawak juga gah disenaraikan. Ya kami bangga biar berlainan pucuk pimpinan kerana semangat negeri dan borneonisasi ini. Cukuplah bermain api perkauman, ini bukan budaya kita tapi sudah Puan mulakan mungkin ya budaya Warisan Sabah.

Muhasabah diri Puan,
Kami tahu Puan agak gusar dengan keadaan politik kini apatah lagi kedudukan sebagai Setiausaha Perhubungan Ketua Menteri. Mungkin takut tidak sampai tiga tahun juga seperti rakan dalam kepimpinan Warisan yang tidak berpencen.

Apa yg Warisan buat dalam Demand Our Right? PSS sahaja lah itu pun gagal. Itu belum lagi kami buka kes-kes yang sampai sekarang tidak selesai. Mangsa kebakaran masih tidak mendapat pembelaan ada lagi tinggal di kontena seperti di Kg Gas Batu Sapi.


Puteri UMNO Sabah membela rakyat. Warisan semakin gusar ke?

Puan,
Gusarlah kamu dgn kerajaan pintu belakang sebenar di Negeri Sabah kini. Gusarlah kamu dengan kepimpinan yang tidak sah dan gusarlah kamu dengan amanah yang tidak kamu laksanakan dan akhir sekali baru menjenguk ke halaman rumah orang lain.

Sekali lagi muhasabah diri

Ikhlas
Pergerakan Puteri UMNO Sabah

8 Comments