COVID-19: Terkini 49 kes direkodkan di Sabah
07:03 Mar 16, 2020  |  By SabahKini2
COVID-19: Terkini 49 kes direkodkan di Sabah

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, seramai 44 orang adalah rakyat Malaysia, manakala selebihnya warga Indonesia.

SANDAKAN: Sebanyak 49 kes positif jangkitan wabak COVID-19 direkodkan di Sabah sehingga Ahad.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, seramai 44 orang adalah rakyat Malaysia, manakala selebihnya warga Indonesia.

Menurutnya, 14 kes dilaporkan di Lahad Datu diikuti Kota Kinabalu sembilan kes dan Tawau dengan lapan kes.

[ARTIKEL BERKAITAN- 42 kes pulih, 190 kes baharu COVID-19 majoriti perhimpunan tabligh ]

"Bagi Kinabatangan sebanyak lima kes dan Tuaran tiga kes.

"Manakala, tujuh daerah lain di Sabah ada yang merekodkan satu atau dua kes," katanya menerusi muat naik di status Facebook rasminya, pada Ahad.

Terdahulu, pada Sabtu, Sabah merekodkan 26 kes positif jangkitan wabak COVID-19.

1 Comment