Covid-19 lebih teruk dari krisis kewangan 1997, kata Dr Mahathir
07:03 Mar 17, 2020  |  By SabahKini2
Covid-19 lebih teruk dari krisis kewangan 1997, kata Dr Mahathir

Jika kawalan dan sekatan pelancong China sebelum ini dibuat lebih awal pasti tidak akan lebih mudarat. Sekarang sudah masuk ke faa kedua Covid-19

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang memulihkan Malaysia daripada krisis kewangan Asia 1997, menjangkakan pandemik Covid-19 akan memberi kesan lebih teruk berbanding 1997.

“Ini lebih teruk daripada krisis kewangan. Ini merupakan tamparan yang hebat kepada ekonomi seluruh dunia, katanya kepada Bloomberg TV.

Ketika jutaan orang terjejas berikutan krisis 1997 kerana ekonomi dan matawang menjunam, Malaysia berjaya pulihkan semula ekonomi dalam masa setahun.

Ia merupakan hasil perancangan Dr Mahathir yang merencanakan kawalan modal Malaysia pada 1998.

“Kali ini, tambatan kadar tukaran matawang tidak akan membantu.

“Keyakinan pelabur sangat rendah bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi seluruh dunia,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Sebab jika kamu melabur dan tidak boleh jual, kamu tidak akan melabur.”

Kini Malaysia diterajui oleh Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas krisis politik baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau meragui kemampuan kerajaan baharu untuk membawa negara ke arah pemulihan.

“Ini masa yang tidak sesuai untuk ambil alih kerajaan.

“Negara ini tidak pernah berdepan keadaan sebegini sebelum ini.”

Pemimpin dunia lain turut memberikan amaran yang sama.

Presiden Bank Eropah Christine Lagarde berjata kejatuhan ekonomi boleh menjadi buruk seperti krisis kewangan global 2008, manakala Perdana Mneteri Singapura Lee Hsien Loong berkata kejatuhan ekonomi mungkin jadi semakin buruk.

Semalam, sebanyak 190 kes Covid-19 disahkan di Malaysia, yang merupakan jumlah kes yang disahkan paling banyak dalam sehari.

Sementara itu, China terus merekodkan kes melebihi 80,800, namun kebanyakan pesakit sudah pulih dan kini ia merekodkan kurang 10,000 orang dijangkiti wabak berkenaan.

Berbeza dengan perkembangan krisis luar negara, yang mana jumlah kematian keseluruhan melebihi 6,000 orang yang mana Itali merekodkan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh sehari.

Dengan 368 jumlah kematian, Itali merekodkan angka tertinggi berbanding jumlah kes yang dilaporkan dalam sehari di China. 

Sebelum ini kerajaan PH tidak mahu mengawal pandemik Covid-19 lebih tegas malah mempertahankan kemasukan pelancong China sebagai sumber pendapatan negara.

 

Comment