13 kontraktor bekal makanan sekolah termasuk 4 pasangan suami isteri didakwa
08:03 Mar 17, 2020  |  By SabahKini2
13 kontraktor bekal makanan sekolah termasuk 4 pasangan suami isteri didakwa

Mereka didakwa menggunakan satu dokumen palsu sebagai tulen untuk mendapat tender berkenaan bagi tempoh 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019 pada 24 November 2016 di pejabat JPNS mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20

SEBANYAK 13 kontraktor termasuk empat pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu hari ini atas tuduhan memalsukan dokumen untuk mendapatkan tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke asrama sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) pada 2016.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Tertuduh terdiri daripada Afian Mohd Nasir, 50, Noor Yussri Becklono, 26, Syah Rizal Basri, 43, Rosainah Nusteh, 53, Jonid Gunsalam, 41, dan empat pasangan suami isteri iaitu Muhammad  Ashpawi Mohd Yahya, 50, dan Junaidah Majin, 43, Mohd Terus Megin,48, dan Rosnizah Jamilide, 30, Mohd Zain Becklono, 44, dan Norafidah Palas, serta Abdul Rahman Alimudin, 48, dan Janifer Basalat, 50.

Mereka didakwa menggunakan satu dokumen palsu sebagai tulen untuk mendapat tender berkenaan bagi tempoh 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019 pada 24 November 2016 di pejabat JPNS  mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai tuntutan palsu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Clementine Severinus dan Mohd Faliq Basarudin dan kesemua tertuduh diwakili peguam kecuali Jonid dan Rosainah.

Hakim membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin antara RM7,000 dan RM20,000. – Bernama

Comment