Kerajaan beri kelonggaran sektor perladangan dan komoditi
16:03 Mar 19, 2020  |  By SabahKini2
Kerajaan beri kelonggaran sektor perladangan dan komoditi

Semua pihak yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan tersebut hendaklah memastikan segala langkah pencegahan dan pengawalan penularan wabak Covid-19 dipatuhi

PETALING JAYA: Putrajaya mengumumkan kelonggaran kepada sektor perladangan dan komoditi ketika perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa, kerana kepentingannya kepada rantaian bekalan berkaitan penyediaan perkhidmatan perlu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kelonggaran diberi kepada industri sawit dan getah bagi memastikan bekalan seperti minyak masak, sarung tangan dan kateter mencukupi.

“Semua pihak yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan tersebut hendaklah memastikan segala langkah pencegahan dan pengawalan penularan wabak Covid-19 dipatuhi,” katanya dalam kenyataan.

Bagi industri sawit, kerajaan membenarkan penuaian buah tandan segar oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil dan pemprosesannya oleh kilang sawit, dan membenarkan pemprosesan minyak sawit mentah oleh kilang penapis “bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan”.

Bagi industri getah pula, kerajaan membenarkan aktiviti penorehan “bagi tujuan pembekalan bahan mentah” untuk penghasilan peralatan perubatan.

Selain itu, kerajaan juga membenarkan sektor perkayuan beroperasi bagi memenuhi kontrak sedia ada.


 

Comment