Soalan lazim Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
19:03 Mar 19, 2020  |  By SabahKini2
Soalan lazim Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Aktiviti pertanian/penternakan/perikanan/akuakultur bagi diteruskan untuk memastikan bekalan daging/sayur-sayuran/buah-buahan/hasil perikanan mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil oleh petani, pen

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan hari ini mengeluarkan senarai soalan lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan seperti berikut:

1. Adakah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) akan beroperasi seperti biasa?

Sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19 dan selaras dengan Arahan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pegawai MOA akan berkerja dari rumah. Sebarang soalan berkaitan program/aktiviti kementerian boleh dipanjangkan melalui emel atau membuat panggilan ke talian hotline Bilik Gerakan Pemantauan Krisis COVID-19 di:

Telefon : 03-8870 1307
Faks : 03-8888 6020
Urus setia : Bahagian Pentadbiran
Emel : [email protected]
Whatsapp : *017-855 5367 (Encik Rahman @ Abd Rahman Yusof) dan 017-450 7531 (En Yeoh Yuan Xiang)

2. Adakah premis di bawah MOA yang dibuka kepada orang awam masih boleh dikunjungi?

Ibu Pejabat dan semua Jabatan/Agensi di bawah MOA seperti FAMA dan Taman Botani Negara ditutup sementara mulai 18 Mac 2020 hingga ke satu tarikh yang akan 31 Mac 2020.

3. Apakah program-program MOA yang melibatkan perhimpunan/kunjungan ramai seperti Jelajah Agropreneur Muda 2020 akan diteruskan?

Semua program MOA yang melibatkan orang perhimpunan ramai ditangguhkan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

4. Adakah virus COVID-19 ini akan turut menyerang tanaman dan tumbuh-tumbuhan?

Virus ada beberapa jenis dan ada virus yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan serta menyerang tanaman. Untuk virus COVID-19 ini, ia adalah sejenis ‘respiratory virus’ yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. COVID-19 adalah spesifik yang mengakibatkan gangguan pernafasan dan mengakibatkan sistem imun tubuh manusia menjadi lemah sehingga boleh menyebabkan kematian. Berkenaan dengan pertanyaan adakah COVID-19 ini turut menyerang tanaman atau tumbuh-tumbuhan, jawapannya TIDAK.

5. Apakah bekalan makanan yang diimport akan terjejas.

Setakat ini bekalan/ pengeluaran bahan makanan import seperti daging, susu, beberapa jenis sayuran dan buahan di negara pengeksport masih konsisten. Cuma terdapat kemungkinan COVID-19 akan memberikan impak terhadap pergerakan/logistik perdagangan global mungkin memberikan sedikit sebanyak kesan.

6. Adakah Virus COVID-19 boleh disebarkan melalui ternakan? Adakah ternakan boleh dijangkiti COVID-19?

Virus COVID-19 disyaki bermula dari haiwan liar dan telah menjangkiti manusia. Namun, virus yang menjangkiti manusia ini tidak akan tersebar ke haiwan ternakan.

7. Adakah makan ruji negara kita mencukupi di pasaran?

Ya, stok makanan beras kita di pasaran mencukupi. Rakyat tidak perlu panik dengan membeli beras makanan yang banyak untuk disimpan di rumah.

8. Bagaimana dengan pergerakan lori yang membawa makanan (ikan hidup & hasilan ikan) ke dalam dan luar negara?

Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan daripada Jabatan Imigresen, perkara 4.2.4; pergerakan kenderaan berat (lori) untuk tujuan membawa bekalan makanan sahaja adalah dibenarkan keluar dan masuk serta dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan.

9. Pengusaha ikan hiasan yang memiliki Sijil Kesihatan, adakah boleh keluar dari Malaysia ke Singapura?

Menurut Perintah Kawalan Pergerakan Jabatan Imigresen Malaysia, perkara 4.2.4; pergerakan keluar masuk sempadan hanya untuk tujuan membawa bekalan makanan saja. Dalam hal ini Ikan Hiasan Bukan Bekalan Makanan dan pengusaha tidak dibenarkan membuat perjalanan sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Kerajaan Singapura juga sangat tegas tentang hal ini.

10. Adakah pasar malam atau pasar tani boleh dibuka untuk jualan/perniagaan?

Tidak boleh. Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, perkara pertama: Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Yang disebut hanya pasar yang mempunyai struktur bangunan yang kekal sahaja tidak termasuk Pasar Tani dan Pasar Malam. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) juga ada mengeluarkan arahan kepada PBT untuk memastikan pasar tani tidak dibuka sepanjang tempoh 2 minggu ini.

11. Adakah operasi pertanian/penternakan/perikanan/akuakultur masih boleh diteruskan?

Ya, boleh kerana aktiviti pertanian/penternakan/perikanan/akuakultur bagi diteruskan untuk memastikan bekalan daging/sayur-sayuran/buah-buahan/hasil perikanan mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil oleh petani, penternak dan nelayan dengan mengehadkan jarak dan kontak minimum dengan orang lain serta menjalani pemeriksaan kesihatan jika perlu.

12. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh penternak ikan dan nelayan dalam menghadapi situasi COVID-19 ini?

Penternak dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan: minimumkan kontak dengan orang lain; Amalkan konsep penggiliran kerja supaya dapat mengurangkan jumlah pekerja di ladang; Meneruskan operasi ternakan seperti biasa with minimal workforce, Meneruskan pemasaran ikan demi kecukupan bekalan makanan, Tangguhkan stocking benih ikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

13. Di manakah orang ramai boleh mendapatkan barang keperluan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran?

Orang ramai boleh mendapatkan barang keperluan di 17 Pusat Operasi terpilih sebagai pusat jualan sementara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan Penutupan Premis Kerajaan. Senarai 17 pusat operasi terpilih seperti yang dilampirkan. (lihat grafik di atas)

14. Di manakah orang ramai boleh mendapatkan bekalan barang keperluan dari FAMA selain dari 17 Pusat Operasi yang terpilih ini?

Orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan barang keperluan dari FAMA selain dari 17 pusat operasi yang terpilih ini boleh juga mendapatkan melalui pembelian secara online di www.agrobazaar.com.my

15. Di manakah orang ramai boleh mendapatkan ikan segera dan produk hasil perikanan?

LKIM akan meneruskan jualan ikan segar di Pasar Nelayan. Bagi penduduk Lembah Klang, Putrajaya, Shah Alam dan Klang, NEKMAT menjual ikan segar dan produk hasil perikanan secara online melalui nekmatbiz.com.my

Comment