Siapa taikun buat projek “Jalan Monyet” yang rugikan 5000 penduduk Tenom?
23:12 Dec 25, 2017  |  By SabahKini2
Siapa taikun buat projek “Jalan Monyet”  yang rugikan 5000 penduduk Tenom?

Siapa taikun cina di belakang Syarikat Kibaran Pelangi Sdn Bhd yang membina "Jalan Monyet" RM22.5 juta di Tenom?

Susulan Laporan Khas Sabahkini2  mendedahkan Video 'Projek Jalan Monyet' iaitu Projek menaiktaraf Jalan Kemabong-Marrais, Tenom, HQ 115/2011 (F) bernilai RM22.5 juta yang dibina di Tenom tidak ada penghuni melainkan kebun milik individu nampaknya ada yang berminat mahu tahu siapa kontraktor yang membina projek itu.

Siasatan Sabahkini2 mendapati Syarikat yang membina projek ini ialah Kibaran Pelangi Sdn Bhd. Sering digunakan oleh seorang taikun cina Sabah terkenal punya hubungan dengan Shafie Apdal yang juga disiasat SPRM baru-baru ini terlibat dalam pembekuan akaun RM180 juta penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion. Siapa taikun itu? Kita dedahkan kemudian.

KIBARAN PELANGI SDN BHD

No PKK : 1201 A 2005 0416. Dua Ahli Lembaga Pengarah lama masih kekal iaitu Rushamizan Bin Rustam dan Abdul Salam Bin Amat. Seorang lagi bertukar dari Fauziah Binti Sahim @ Fauziah Sahin kepada Nurul Afnijam binti Jamlan. Seperti mana rujukan SSM Company Number 476610-7. Penama ini hanya proksi tetapi di belakang mereka taikun Cina.

 

Pengesanan Penama Syarikat mengundi 

Pendapatan tahunan syarikat ini RM38.1 juta. Untung. Macam inilah syarikat jika dibelakangnya taikun. Dalam kes projek “Jalan Monyet’ syarikat hanya membina tetapi dibelakangnya ialah taikun dan hubungannya dengan Shafie Apdal yang memberi projek ini.

Selain Projek menaiktaraf Jalan Kemabong-Marrais, Tenom Antara projek yang dibina Syarikat ini ialah:

1.KKTP 5/2009 - Cadangan Projek Fasa 1 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Berpusat: RM 28.7 Juta.

2.No. Kontrak: HQ.139/2009(F) Membina Dan Menyiapkan Bangunan Tambahan Dan Kerja Berkaitan Di SK Batu 6 1/2 Segama, Lahad Datu : RM 15.99 Juta.

3.HQ.134/2009(S)- The Maintenance Of Jalan Ansip-Dalit And Its Associated Roads: RM 6.77 Juta.

4.HQ.125/2009(F) - Menaiktaraf Dan Memulih Jalan Sandakan-Telupid Dari Batu 32 Ke Telupid : RM 35.75 Juta.

5.Supply And Installation Of Power Supply Works For Sandakan Water Supply Phase II : RM 4.62 Juta.

6. Projek Menaiktaraf Dan Memulihkan Jalan Sandakan Ke Telupid Dari Batu 32 Ke Telupid, Sabah. Pakej (CH 50+685+410) RM35,756,225.50

 Akhirnya orang kampung yang sengsara. Shafie Apdal bahagia. Lagi nak pilih Shafie Apdal Presiden Warisan? 

1 Comment