CEO Sime Darby sah positif Covid-19
19:03 Mar 19, 2020  |  By SabahKini2
CEO Sime Darby sah positif Covid-19

Pekerja-pekerja yang mempunyai kontak dengannya dalam tempoh ini telah menjalani kuarantin sendiri dan sedang menerima pemeriksaan perubatan yang diperlukan

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, Datuk Jeffri Salim Davidson telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin dan diberikan rawatan perubatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata Jeffri tidak pernah melawat mana-mana premis Sime Darby dalam tempoh 16 hari lalu.

"Pekerja-pekerja yang mempunyai kontak dengannya dalam tempoh ini telah menjalani kuarantin sendiri dan sedang menerima pemeriksaan perubatan yang diperlukan," katanya.

Kumpulan katanya, sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja, termasuk melakukan pengesanan kontak untuk menentukan siapa lagi yang mempunyai kontak dengan GCEO.

"Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Mustamir Mohamad telah mengambil alih tanggungjawab GCEO semasa ketiadaannya dalam memastikan kesinambungan perniagaan," katanya.

Sementara itu, premis Sime Darby di seluruh negara ditutup dari 18 hingga 31 Mac ini sejajar dengan Perintah Kawalan Gerakan.

Syarikat itu telah memulakan pelan kesinambungan perniagaannya dan semua pekerja di Malaysia akan bekerja secara jauh.

Sime Darby juga telah memulakan pelan kesinambungan perniagaannya di seluruh operasi kumpulan di Asia Pasifik bagi memastikan gangguan yang minimum terhadap operasi.

Comment