Covid-19: Kematian pertama kluster tabligh di Sabah
20:03 Mar 20, 2020  |  By SabahKini2
Covid-19: Kematian pertama kluster tabligh di Sabah

Lelaki berusia 58 tahun itu adalah anggota tabligh yang menghadiri perhimpunan di masjid Sri Petaling baru-baru ini. Ini bermakna korban covid-19 kini adalah 3 orang

TAWAU: Kes Kematian akibat jangkitan Covid-19 pertama di Sabah dilaporkan pada hari ini. 

Ia sebagaimana tular dalam laman sosial dan juga melalui kenyataan facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Lelaki berusia 58 tahun itu adalah anggota tabligh yang menghadiri perhimpunan di masjid Sri Petaling baru-baru ini.

Kenyaatan Daripada Ketua Pengarah Kesihatan

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.

“Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

”Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Comment