COVID-19: Indonesia isytihar darurat dua minggu di Jakarta
14:03 Mar 22, 2020  |  By SabahKini2
COVID-19: Indonesia isytihar darurat dua minggu di Jakarta

Gabenor Jakarta Anies Baswedan berkata, kesemua pusat hiburan akan ditutup bermula Isnin dan sistem pengangkutan awam akan turut dihadkan.

Kerajaan Indonesia pada Jumaat mengisytiharkan tempoh darurat selama dua minggu di Jakarta, sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan berkata, kesemua pusat hiburan akan ditutup bermula Isnin dan sistem pengangkutan awam akan turut dihadkan.

Selain itu, beliau turut menggesa syarikat untuk membenarkan pekerja mereka melakukan kerja dari rumah.

Dalam pada itu, agensi berita antarabangsa Reuters memetik pakar perubatan sebagai berkata, negara itu akan mengalami gelombang peningkatan pesakit COVID-19 susulan tindak balas lambat kerajaan yang hanya mengumumkan darurat di Jakarta pada Jumaat.

“Indonesia akan menyaksikan peningkatan mendadak berbanding apa yang telah dilaporkan pada masa kini,” kata Pengarah Institut Biosains Molekular di Universiti Queensland.

Beliau berkata, tanpa ujian pengesanan berskala besar, pengesanan kontak serta langkah kuarantin, peluang untuk virus itu merebak sangat luas.

Sehingga kini, negara yang mempunyai kepadatan penduduk keempat terbesar di dunia itu telah mencatatkan 32 kematian.

2 Comments