Covid-19: 212 kes baru, jumlah kini 1,518 dengan 14 kematian
13:03 Mar 23, 2020  |  By SabahKini2
Covid-19: 212 kes baru, jumlah kini 1,518 dengan 14 kematian

Daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dalam siasatan.

 

TERKINI: 212 kes baru kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia menjadikan 1,518 kes setakat 23 Mac 2020.

Daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dalam siasatan.

57 dalam ICU termasuk 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 20 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang sehingga 23 Mac 2020.

Ini menjadikan 159 pesakit COVID-19 telah berjaya sembuh dan discaj hospital.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat empat (4) kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes.

  • Kes kematian ke-11 merupakan kes ke-1070 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak dan merupakan anak kepada kes ke-1031. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

 

 

 

3 Comments