Tidak terjejas Covid-19: KSP MOF tidak luluskan penangguhan pinjaman LPPSA penjawat awam?
07:03 Mar 26, 2020  |  By SabahKini2
Tidak terjejas Covid-19: KSP MOF tidak luluskan penangguhan pinjaman LPPSA penjawat awam?

BNM telah mengarahkan semua Bank menangguhkan bayaran balik pinjaman 6 bulan. Namun KSP MOF tidak mahu luluskan penangguhan pinjaman LPPSA atas alasan penjawat awam gaji tetap dan tidak terkesan dengan Covid-19. Benarkah?

Disaat Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan semua bank menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada  termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan nampaknya badan berkanun di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dilaporkan tidak akan mengambil langkah yang sama sebagaimana arahan Bank Negara Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN- BNM benar penangguhan pinjaman automatik enam bulan]

Ini bermakna semua penjawat awam yang membuat pinjaman tidak akan mendapat manfaat ini.

Sebelum ini LPPSA dalam laman facebooknya memaklumkan tiada penangguhan bayaran balik pinjaman setakat ini.

"Selamat sejahtera. LPPSA mengambil maklum dengan situasi yang berlaku. Namun, tiada makluman berkaitan perkara tersebut pada ketika ini. LPPSA akan segera memaklumkan dari semasa ke semasa jika terdapat perubahan atau info terkini. Terima kasih" . 


KSP tidak pernah selami hati penjawat awam, Menteri Kewangan pula baru

Menurut sumber MOF semalam Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Ahmad Badri dalam mesyuarat pasca kabinet tidak bersetuju untuk menuruti langkah Bank Negara membuat motarium atas alasan semua penjawat awam bergaji tetap dan tidak terkesan dengan krisis Covid-19.

Dilaporkan juga Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan turut bersetuju dengan saranan Ahmad Badri KSP MOF itu.

Oleh itu harapan penjawat awam bagi peminjam perumahan di Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua 2020 Perdana Menteri pada 30 Mac 2020 hanyalah tinggal harapan


Tukar KSP MOF Pro Lim Guan Eng!

Sementara itu ramai melihat Ketua Setiausaha Perbendaharan Tan Sri Ahmad Badri yang pro Lim Guan Eng bekas Menteri Kewangan ini wajar ditukar memandangkan dia tidak mempunyai belas kasihan terhadap penjawat awam bawahan.

Sejak dilantik  Ketua Setiausaha Perbendaharaan 12 Sept 2018 atas persetujuan Lim Guan Eng, tugasnya selepas itu hanyalah memberi maklumat segala projek kerajaan lama sama ada didedahkan, dibatal atau tujuan pendakwaan kes SPRM. 

Hari ini walaupun kerajaan PH sudah bertukar kepada PN tetapi KSP ini masih memberi maklumat kepada Lim Guan Eng dan orang kanannya seperti Tony Pua hal-hal kewangan negara. Tingkah lakunya juga seperti masih bekerja untuk Lim Guan Eng DAP itu.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan mungkin baru tetapi cara KSP menghasut Menteri Kewangan bakal merosakkan kerajaan Perikatan Nasional.

Sudah tiba masanya Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri mengambil tindakan serta merta sebelum membantutkan usaha pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua 2020 dan krisis menangani Covid-19.

Rakyat dan penjawat awam memerlukan KSP yang memahami akar umbi dan hati penjawat awam termasuk yang berada dibarisan hadapan. Apakah penjawat awam barisan hadapan Covid-19 yang membuat pinjaman perumahan LPPSA tidak terkesan?

Penjawat awam, netizen berharap Perdana Menteri pada 30 Mac ini akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua 2020 yang memberi manfaat kepada semua termasuk penjawat awam yang membuat pinjaman perumahan LPPSA.

Komen rakyat dan penjawat awam

Sementara itu laman facebook LPPSA dipenuhi dengan cadangan, komen dan harapan agar LPPSA mengikuti langkah motarium bank selama 6 bulan.

Johari Razali dalam komennya berkata "Kepada pihak LPPSA saya juga sangat berharap penanguhan bayaran diberikan untuk tempoh 1 atau 2 bulan ni kerana terkesan dengan musibah covid-19 ini dan saya masih menyewa rumah kerana kunci rumah yang dibeli belum dapat lagi. Perhatian tuan amatlah dihargai".

Ainzul Ainzul pula berkata "Biar pun kerja kerajaan kita sedia maklum bahawa semua bayaran adalah ditangguhkan, Kerajaan kena prihatin terhadap penangguhan 6 bulan ni"

Muhd Zamri turut merayu " tolong la kami ni, saya anggota tentera berpencen...setelah potong rumah hampir RM1600 masih berbaki RM1000 lebih, meniaga tepi jalan terpaksa tutup, harap duit pencen tu je la, nak makan pun terpaksa catu".


Mohon YAB Perdana Menteri dengar suara rakyat jika Menteri Kewangan dan KSP tak mahu mendengar.
Tak kira siapa ramai terkesan Covid-19

Jika Menteri Kabinet boleh mengumumkan pemotongan gaji dua bulan demi Covid-19 mengapa tidak PM dan Menteri Kabinet bersetuju agar LPPSA bawah MOF mendengar suara rakyat dan penjawat awam.

73 Comments