COVID-19 Sabah: RM200 juta projek ‘Rundingan Terus’ infrastruktur untuk kontraktor Warisan?
13:03 Mar 26, 2020  |  By SabahKini2
COVID-19 Sabah: RM200 juta projek ‘Rundingan Terus’ infrastruktur untuk kontraktor Warisan?

RM200 juta bagi projek infrastruktur dalam tempoh PKP adalah terlalu besar melainkan Shafie Apdal dan Kerajaan Negeri menggunakan alasan kecemasan melantik kontraktor Warisan secara Rundingan Terus

Kerajaan Sabah semalam mengumumkan melaksanakan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah berjumlah RM670 bagi meringankan beban dan kesulitan hidup pelbagai lapisan masyarakat yang telah terjejas oleh wabak Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pakej tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu Bantuan Kepada Petugas Barisan Hadapan, Bantuan Kepada Rakyat Yang Terjejas dan Memperkukuh Perniagaan serta Menambahbaik Kualiti Infrastruktur dan Kemudahan Asas Luar Bandar.

Antara yang diumumkan ialah;

  1. Peruntukan RM 50 juta kepada kelengkapan dan keperluan di hospital-hospital
  2. Peruntukan RM10 juta untuk keperluan makanan Frontliners
  3. Peruntukan RM20 juta untuk meringankan beban rakyat.
  4. Peruntukan RM20 juta bantuan kepada miskin dan miskin tegar – Bantuan khas tunai RM500 secara one-off yang berdaftar dengan e-kasih.
  5. Peruntukan RM80 juta membantu pendapatan rendah Golongan B40 – Bantuan khas tunai RM300 secara one-off
  6. Pengurangan Cukai Tanah dan Cukai Pintu
  7. Pengecualian pembayaran bil air untuk tempoh 3 bulan bermula Bulan April.
  8. Pemberian diskaun 30% bil eletrik untuk tempoh 3 bulan bermula Bulan April.
  9. Pengecualian pembayaran sewa rumah (PPR) di seluruh sabah untuk tempoh 6 bulan bermula bulan April.
  10. Elaun kepada MPKK RM30 juta bagi tempoh 10 bulan akan datang termasuk Mac 2020.
  11. Peruntukan RM40 juta melalui dana kredit mikro Sabah peniaga-peniaga kecil
  12. Peruntukan RM200 juta menambahbaik Infrastruktur luar Bandar.
  13. Peruntukan RM50 juta untuk dana IKS Sabah.

Sudah tentu yang baik wajar diucapkan terima kasih. Bagaimanapun sejak semalam nampaknya beberapa komen netizen seperti RM20 juta kepada miskin dan miskin tegar –RM500 secara one-off yang berdaftar dengan e-kasih sedikit menyukarkan kerana tidak semua yang berdaftar dengan e-kasih. Di kala krisis covid-19 semua pihak terjejas.

Satu lagi yang menjadi isu besar ialah peruntukan terbesar pakej RM200 juta untuk projek infra struktur tidak menepati keutamaan sekarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sasaran yang getir sekarang ini ialah membantu rakyat Sabah yang tidak mampu membeli barangan makanan dan yang hilang pendapatan.

RM200 juta bagi projek infrastruktur dalam tempoh PKP adalah terlalu besar melainkan Shafie Apdal dan Kerajaan Negeri menggunakan alasan kecemasan melantik kontraktor secara Rundingan Terus atau projek kerja-kerja inden nilai RM20,000 ke bawah.

Umum mengetahui tempoh PKP semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan dalam sektor pembinaan perlu dihentikan kecuali kerja kritikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan hingga 31 Mac dan kini dilanjut 14 April 2020.

Sudah tentu atas nama kecemasan, bencana atau menghadapi wabak penyakit berjangkit Shafie Apdal dan Menterinya berfikir cara mudah untuk melaksana semua projek tanpa tatacara tender terbuka atau tender terhad semuanya dilakukan secara ‘Rundingan Terus’.

Siapa yang mendapat manfaat? Sudah tentu hanya kelompok syarikat tertentu daripada kroni Warisan yang mendapatnya. Ini termasuk projek jalan Penyelenggaraan Jalanraya-Jalanraya Majlis Perbandaran dan Daerah di Kawasan terpilih yang dianggap kritikal.

Sebelum ini portal Sabahkini2 mendedahkan di kala krisis Covid-19 projek RM1.5b JKR yang dilantik Rundingan Terus ditukar kepada tender terhad kerana kontroversi. Tidak mustahil syarikat seperti AK Kontraktor Sdn Bhd kroni Datuk Peter Anthony boleh dilantik terus bagi kerja-kerja selenggara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor! ]

Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor!

Sejak semalam komen-komen netizen menjurus banyak kepada kemudahan semua pihak bukan setakat senarai E-kasih dan juga projek infra RM200 juta yang dilihat terlalu tinggi ketika PKP dikuatkuasakan.

 

 

3 Comments