Anak saudara bakal calon Parti Warisan DUN Balung ditangkap kerana dadah di Indonesia?
10:12 Dec 26, 2017  |  By SabahKini2
Anak saudara bakal calon Parti Warisan DUN Balung  ditangkap kerana dadah di Indonesia?

Menurut laporan akhbar Indonesia salah seorang yang ditahan merupakan warganegara Malaysia yang berasal daripada Negeri Sabah bernama Siti Zahrina Binti Abdul Mutalib berdasarkan pasport yang dipegangnya adalah Passport Malaysia.

PAREPARE, SULAWESI SELATAN: – Anak saudara seorang bakal calon Parti Warisan Dun N.55  Balung Hajah Kalsom Ayed Mosleh dilaporkan  oleh akhbar online Indonesia tribunews.com di tahan di Pelabuhan Nusantara Parepare, Sulawesi Selatan Indonesia kerana menyeludup dadah jenis syabu seberat 2.3 kg jumaat lalu.

 

Menurut laporan akhbar itu salah seorang yang ditahan merupakan warganegara Malaysia yang berasal daripada Negeri Sabah bernama Siti Zahrina Binti Abdul Mutalib bedasarkan pasport yang dipegangnya adalah Pasport Malaysia.

Siti Zahrina Abdul Mutalib tinggi 171cm, lahir pada 30 Oktober 1989. Ketika ditahan dan diperiksa oleh pegawai keselamatan pelabuhan Parepare, Indonesia, wanita beperwatakan ayu ini didapati ‘mengepit’ dadah jenis syabu seberat 2.3 kg di celah kangkangnya.

Siti ditangkap bersama suami dan seorang lagi suspek lain yang sehingga kini belum dikenal identitinya

Di Malaysia sejak semalam dikatakan Siti Zahrina Binti Abdul Mutalib dikaitkan sebagai Puteri UMNO bagaimanapun hari ini dinafikan oleh Ketua Puteri UMNO Tawau, Nazliah Ali. Nazliah turut melaporkan polis pihak yang menyebarkan berita Siti Zahrina itu dalam media sosial.

Semakan Sabahkini2 mendapati Hajah Kalsom Ayed Mosleh bakal calon Warisan Dun Balung itu dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan Dato’ Seri Ghafur Salleh Ahli Parlimen Kalabakan. Siti Zarina dikatakan cucu kepada Hj Ayed Mosleh  yang terkenal di Tawau.  

Hajah Kalsom dikatakan menentang Ketua Bahagian Kalabakan itu dan memilih Parti Warisan sebagai medannya berpolitik.

Setakat ini belum ada perkembangan berita lanjut mengenai Siti Zahrina berkaita kes ini yang sedang ditahan di Indonesia.

 

 

23 Comments