Tak Malu Anwar! Reformasi PH ialah 'Jual Harta Negara'
15:03 Mar 28, 2020  |  By SabahKini2
Tak Malu Anwar! Reformasi PH ialah 'Jual Harta Negara'

Anwar cuba 'claim' Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumum oleh kerajaan adalah hasil Reformasi yang dibuat oleh Kerajaan PH dahulu. Tapi sebenarnya PH penjual aset negara..

Tadi Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri PH ke-9 berkata bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumum oleh kerajaan semalam adalah hasil Reformasi yang dibuat oleh Kerajaan PH dahulu.

Setahu saya dalam tempoh 22 bulan dahulu, ini "Reformasi" yang dibuat oleh Kerajaan PH:

1. Jual harta negara lebih RM38 billion.

2. Tambah hutang negara RM138 billion.

3. Takutkan pelabur dengan propaganda tipu hutang RM1 trillion sehingga pelabur cabut lari dengan dana lebih RM10 billion.

4. Lemahkan pasaran saham sehingga jadi yang tercorot di Asia.

5. Rudumkan ekonomi sehingga pertumbuhan jatuh ke peringkat terendah dalam tempoh sepuluh tahun.

6. Jatuhkan nilai ringgit sehingga jadi matawang keempat terburuk di Asia.

7. Buang berbelas ribu penjawat penjawat awam dan rancang untuk buang atau tidak isi kekosongan bagi 80,000 penjawat awam setahun.

8. Potong bantuan kepada rakyat miskin, nelayan dan petani.

9. Memanggil rakyat pemalas dan kata mereka hanya harap bantuan kerajaan.

10. Tambah banyak cukai kepada rakyat tetapi kecualikan cukai kepada taikun dan menyenangkan mereka (taikun) untuk lari dari cukai.

11. Beri dividen atau pulangan terendah dalam sejarah bagi Tabung Haji (1.25%), ASB (5.5%) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (2%).

12. Degil tidak mahu sekat kemasukan pelancong asing walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memberikan amaran berkenaan penularan COVID-19.

13. Dan lain-lain.

Oleh itu, nasihat saya kepada Anwar ialah:

Anda telah jadi bakal PM-5/6/7/8/9.

Mungkin Tuhan cuba beritahu sesuatu kepada anda.

Cuba cari kerja lain.

ISHAM JALIL
28 Mac 2020

[ARTIKEL BERKAITAN- 

400 hari Pakatan Harapan jual lebih RM20 bilion aset negara 

Hutang negara bertambah, hutang mana yang telah dibayar balik hasil jual aset Khazanah?

 

10 Comments