Netizen kecam: Barangan bantuan makanan rakyat susah RM100, Pegawai UPPM 'Pau' RM40?
04:03 Mar 29, 2020  |  By SabahKini2
Netizen kecam: Barangan bantuan makanan rakyat susah RM100, Pegawai UPPM 'Pau' RM40?

Sejak semalam tular surat BKP JKM, senarai UPPM dan gambar barangan bantuan makanan kosnya korang RM100. Rakyat kata tidak amanah. Siapa 'pau' RM40? Pegawai UPPM atau pejabat daerah?baca komen rakyat

Netizen mengecam Kerajaan Negeri dan pemimpin Warisan susulan tular surat Penyaluran Peruntukan  Bantuan Covid-19 daripada Bahagian Pengurusan dan Kewangan Jabatan Ketua Menteri Sabah kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah yang memaklumkan bantuan makanan Pek RM100 kepada rakyat tetapi barang keperluan diperolehi kurang dari kos RM100.

BPK JKM dalam suratnya memaklumkan waran telah disalurkan kepada semua PBT

“BPK JKM juga menyalurkan waran ke semua Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah kecil sebanyak RM100,000.00 untuk setiap Kawasan DUN bagi menyelesaikan pembayaran kepada pembekal bagi Pakej Bantuan Keperluan Asas Bahan Makanan (Pek RM100.00)”. 

Semua bantuan ini akan dikendalikan oleh pihak Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) masing-masing.

Bermakna pusat pembayar bekalan ialah pejabat daerah dan UPPM pula mencari pembekal yang bersesuaian di kawasan itu. Bayaran tuntutan pembekal akan dikemukakan kepada Pegawai Daerah semula.

Netizen mempersoalkan apa sebenarnya berlaku kerana senarai barangan yang diberi kepada orang kampung yang miskin kosnya tidak mencecahpun RM100.

UPPM kawasan nampaknya hanya mencari barangan kos bantuan makanan sekitar RM60 sahaja. Bakinya RM40 milik siapa? Pembekal, UPPM atau Pegawai Daerah?

“Tidak timbul soal peruntukan perlu dibahagi dua kerana amanah bagi pemberian kos bantuan makanan adalah RM100 seorang. Jika tidak mencukup UPPM sepatutnya meminta tambahan dengan kerajaan bukan memotong kos”. Kata Imarah seorang pengguna facebook


Barangan 1


Barang 2

Sejak semalam tular gambar-gambar bantuan makanan dan juga senarai barangan yang ditandatangani oleh Haji Abdullah Minun Hj Sahirun Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat.

Netizen menjadikan gambar barangan dan senarai itu sebagai ‘troll laman sosial’.

Malah ada netizen membuat kiraan barangan yang dibekalkan kepada rakyat susah.


Kiraan netizen terhadap kos barangan




Netizen menyeru Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Haji Abdullah Minun Hj Sahirun  memantau gerak kerja pegawainya dan pejabat daerah bagi mengelak ketirisan pemberian  bantuan makanan untuk rakyat susah ini. Jika RM100 pastikanlah sebuah rumah mendapatnya. Janganlah lagi menggunakan pelbagai alasan seperti bahagi dua dengan jiran dan lain-lain. Rakyat sedang susah jangan disusahkan lagi.

98 Comments