Syed Saddiq lapor polis, wang dalam peti besi terkurang RM250,000, nafi wang dicuri milik PPBM
11:03 Mar 30, 2020  |  By SabahKini2
Syed Saddiq lapor polis, wang dalam peti besi terkurang RM250,000, nafi wang dicuri milik PPBM

Syed Saddiq lapor polis wang dari peti besinya terkurang RM250 ribu selepas dicuri. Saddiq juga menafikan wang RM250 ribu milik PPBM. Akhirnya misteri kekayaan Syed Saddiq selama 22 bulan terbongkar! Siapa beri wang kepada Syed Saddiq?

Bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan kehilangan wang tunai sejumlah RM250,000 disimpan di kediamannya di  Kampung Tungku, Petaling Jaya.

Difahamkan kehilangan wang itu disedari pada jam 7 malam pada 28 Mac lalu tanpa sebarang kesan pecah rumah. Menurut beliau, wang itu terletak di dalam peti besi yang mempunyai kata laluan yang hanya diketahui oleh dirinya sahaja.

Dalam laporan polisnya beliau melaporkan wang simpanan dalam peti besinya terkurang RM250,000 dan tidak disebutkan berapa jutakah simpanan yang ada dan wang itu bukan milik Armada PPBM sebagaimana laporan TV3.

Syed Saddiq Nafi wang PPBM RM250,000.00

Menerusi perkongsian terbaru Syed Saddiq di laman sosial dia menafikan dakwaan dibuat mengatakan duit itu milik PPBM. Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi jahat mengenainya

Dalam perkembangan lain Syed Saddiq turut menuntut TV3 mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kerana melaporkan kes kecuriannya sebagai wang milik PPBM.



Daripada laporan polis itu seorang wanita warga Indonesia telah ditahan bagi membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menahan seorang pembantu rumah bagi membantu siasatan. Tambahnya lagi, pihaknya juga mendapati 18 kesan cap jari pada peti besi tersebut dan kini masih dalam siasatan.


Persoalan wang RM250,000 milik siapa?

Jika wang RM250,000 itu bukan milik PPBM maka siapakah pemilik wang itu? Bagaimana bekas seorang Menteri yang baru berkuasa 22 bulan boleh menyimpan wang berjuta? Kerana dilaporkan dalam laporan wangnya terkurang RM250,000. Ini bermakna ada lebih banyak lagi wang tidak disytiharkan.

SPRM tidak mahu siasat?

Apakah tindakan SPRM? Bukankah wang simpanan meragukan ini wajar disiasat dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan  2001 (AMLATFA) 

Portal Sabahkini2 sebelum ini pernah melaporkan mengenai kekayaan misteri Syed Saddiq dan Setiausaha politiknya yang dibiayai oleh seorang Datuk misteri bernama 'Datuk Hussin'.

[ARTIKEL BERKAITAN- Siapa 'Datuk Hussin' sapu projek KBS, beri Vellfire kepada Setiausaha Politik, taja Armada ke Dubai-London? ]

Siapa 'Datuk Hussin' sapu projek KBS, beri Vellfire kepada Setiausaha Politik, taja Armada ke Dubai-London?

Tentu anda masih ingat kisah Syed Saddiq berhempas pulas menjawab isu tender syarikat membekal bekalan bermasak yang dimonopoli oleh syarikat secara serentak di beberapa negeri mengendalikan Institut Kemahiran Belia Negara di Melaka, Selangor, Perlis, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Siapakah pemilik syarikat AFSYA (M) SDN BHD dan lain-lain syarikat itu? Apakah hubungan pemilik syarikat ini dengan Syed Saddiq? Adakah syarikat ini mempunyai kemampuan untuk melaksanakan 3 kontrak yang mereka baru terima secara serentak dengan modal berbayar yang kecil dan bukannya syarikat membekal makanan bermasak Islam? Syed Saddiq terkial-kial menjawabnya sama ada mahu menyebut 'Datuk Hussin' atau Setiausaha Politiknya Aizat Roslan. Syed Saddiq juga tidak menyalahkan KSUnya sebagai mana menteri PH lain seperti Datuk Mohammadin Ketapi (MOTAC), Dr Maszlee Malik (KPM) dan Salahuddin Ayub (MOA).


Keputusan boleh dilihat dalam myprocurement.treasury.gov.my

Jawapan paling selamat Syed Saddiq ialah tender terbuka dan beliau tidak terlibat dalam proses perolehan tender. Syed Saddiq lupa kuasa penurunan kuasa kepada pegawai, akta kontrak adalah kuasa Menteri dan jawatankuasa teknikal tender masih boleh diakses oleh pegawai Syed Saddiq sama ada arahan secara minit surat, memanggil pegawai atau melalui telefon. 

Menurut sumber KBS ada banyak lagi projek seperti ini yang berlaku di KBS. Bagaimana penilaian jawatankuasa tender itu dibuat? Syarikat yang bukan berpengalaman dalam pembekalan makanan bermasak memperolehi tender serentak. Tender e-perolehan kod bidang mereka dipermudahkan agar syarikat boleh memasuki tender itu dan kontraktor akhirnya menang tender melalui 'tangan-tangan' pegawai kanan Syed Saddiq. Tanyalah pegawai KBS dan geng Armada tak sebulu Saddiq mereka sangat tahu perkara ini. Dato'Rezal Mericana Menteri Belia dan Sukan baru boleh memeriksa semula bukti-bukti arahan kepada KSU KBS atau pegawai berkaitan.

 

Tak mungkin KSU dan TKSU KBS bodoh sehingga sebuah syarikat boleh mendapat projek berulang serentak di Institut Kemahiran Belia Negara milik KBS itu? Apa kriteria sehingga jawatan kuasa teknikal tender tak nampak berulang syarikat yang sama?

Jawapannya permainan bermula di jawatankuasa teknikal yang bermula di pejabat KBS sama ada Setiausaha Perolehan atau Setiausaha Pembangunan KBS. Mereka penentu set tender kepada KSU atau TKSU KBS. Teknikal kewangan dan kelayakan syarikat ditentukan mereka. Wakil luar seperti JKR dan Kementerian Kewangan biasanya tempelan dan akur kepada penilaian tender yang sudah di ‘set’ awal.

Menurut sumber pegawai Syed Saddiq yang berkuasa bab tender dan menentukan siapakah pembekal yang berjaya menang tender ialah Mohd Aizat Roslan Setiausaha Politik Menteri KBS yang juga Timbalan Ketua Armada pusat sekarang.

‘Datuk Hussin’ inilah di belakang syarikat tender yang menang di Institut Kemahiran Belia Negara atau pusat latihan KBS sekarang. Selepas gagal bermain di KPM beliau bermain di IKBN KBS. Ternyata sangat berhasil.

Misteri 'Datuk Hussin', Syed Saddiq dan  Aizat Roslan sudah boleh disiasat SPRM sekarang 

Jika Syed Saddiq boleh menyimpan wang berjuta dan hilang RM250,000 maka terjawablah misteri bayaran saguhati Syed Saddiq RM15 ribu seorang kepada setiap Ketua Armada Negeri (RM15,000 X 14 Negeri) untuk menganjurkan program Hari Raya Aidiladha tahun lalu ini termasuk RM5,000 wang poket kepada semua AJK Armada. Siapa beri jika bukan wang ‘Datuk Hussin’? 

Nampaknya ada ramai Exco Armada yang tahu Syed Saddiq mempunyai wang yang banyak. Jadi mungkin mereka mendedahkannya sekarang. Nampaknya usaha menumbangkan Syed Saddiq sudah bermula. Apakah bekas pegawai Khas Syed Saddiq, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal  yang kini Timbalan Menteri Belia dan Sukan akan mendedahkan siapa sebenarnya Seyd Saddiq selepas wang RM250,000 ini terdedah? Jika SPRM masuk menyiasat apakah dibawah AMLA 2001 Syed Saddig akan U-Turn kembali? sama-sama lihat.

 

 

 

 

6 Comments