Pecat Vivy Yusof BOD UiTM: Dapat berjuta dana Khazanah Nasional tapi hina rakyat susah dibantu kerajaan
03:04 Apr 02, 2020  |  By SabahKini2
Pecat Vivy Yusof BOD UiTM: Dapat berjuta dana Khazanah Nasional tapi hina rakyat susah dibantu kerajaan

Syarikat Fashion Valet milik Vivy disokong kuat bapanya sentiasa diisytihar rugi setiap tahun namun dapat dana berjuta Khazanah Nasional. Ketika kerajaan bantu rakyat krisis Covid-19 dia hina rakyat susah. Netizen mahu Vivy dipecat BOD UiTM!

Gara-gara tidak menjaga perkataan dalam tulisan akhirnya dua ahli perniagaan iaitu Vivy Yusof serta Aleeya Zailan yang tidak berpuas hati dengan Pakej Rangsangan Rakyat Prihatin ketika krisis Covid-19 bagi membantu golongan B40 dan M40 dikecam teruk di laman sosial.

Dimulakan oleh Aleeya Zailan (usahawan kosmetik)  mengeluh berkata “bahawa golongan miskin sahaja akan ‘kaya’ selepas menerima bantuan, sebelum mereka kembali miskin selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”

Disambut dan diiyakan oleh Vivy Yusof bersetuju dengan kenyataan wanita itu. Vivy percaya kesenangan yang diberikan kerajaan hanya sementara sebelum semua orang kembali merana selepas PKP, baik pemilik syarikat mahupun pekerja.

Kenyataan kedua-dua usahawan itu mengundang pelbagai komen negatif, malah ada yang mengecam akan memboikot produk mereka kerana mentaliti seperti itu. Berkenduri rakyat diruangan komen Instagram Vivy. 

Malah satu petisyen menggesa Vivy Yusof meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatat lebih 207,648 tandatangan selepas dilancarkan semalam.


Kebencian rakyat membuak-buak

Bagaimanapun, Vivy telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai perkara itu serta menjelaskan bahawa dia tiada niat memperlekehkan nasib B40 tetapi hanya hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang lain.


Kontroversi Vivy anak orang kaya!

Sebenarnya ini bukan kali pertama Vivy kontroversi. Sebelum ini sekitar Jun  2019 menjadi bahan berita ketika Vivy dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bukan sedikit penentangan dan protes dari alumni UiTM ketika itu. Portal Sabahkini2 telah mendedahkan siapa Vivy Yusof anak jutawan ini. Beliau dipilih kerana kabel bapanya dengan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dato' Yusof Jusoh kroni Anwar 'Pelobi' anaknya Vivy Yusof dilantik Lembaga Pengarah UiTM ]

Dato' Yusof Jusoh kroni Anwar 'Pelobi' anaknya Vivy Yusof dilantik Lembaga Pengarah UiTMAnak bapa. Harap kabel bapa di atas

Alasan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus, Dr Mohd Azraai Kassim berhubung pelantikan Vivy ketika itu ialah mengikut arahan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM  bertujuan menyuntik idea baharu untuk menggalakkan keusahawanan dengan lebih berkesan dalam kalangan mahasiswanya. Kononnya sebagai Ketua Pegawai Kreatif di FashionValet, sebuah syarikat e-dagang fesyen, dan juga pengasas bersama The dUCk Group dalam industri pakaian muslimah, Vivy dianggap amat peka dengan kehendak dan permintaan golongan milenium.

Sejak Vivy dilantik sejak Mei 2019 apa hasil buat UiTM?  Selain menghina B40 yang anak-anak mereka sekarang ramai di UiTM. 

Harap Menteri KPT pecat Syed Zainall Abidin ni..

 

Jadi apabila Vivy bersuara meminta maaf kepada B40 dengan menyebut asal-usul tentulah ia sangat menggelikan hati.

"Saya sangat mengambil berat mengenai komuniti B40 dan ingin memastikan mereka tidak kehilangan kerja. Kalau anda mengenali saya, saya harap anda faham dari mana asal usul saya.”

Vivy Yusof  adalah anak kepada Dato’ Yusof Jusoh (Yusof Perancis) Pengerusi Eksekutif Proven Holding Sdn Bhd (Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim) yang mempunyai hubungan rapat dengan Dr Maszlee Malik (Bekas Menteri KPM) dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UiTM Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Syarikat Fashion Valet Sdn Bhd milik Vivy itu sendiri asalnya milik Dato’ Yusof Jusoh,  Proven Creative (M) Sdn Bhd sebelum ditukar nama kepada Fashion Valet Sdn Bhd. Sehingga hari ini pun Proven masih antara pemegang saham dalam Fashion Valet.

 


Belum termasuk dikira dari Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Fashion Valet Sdn Bhd)

Apa maksudnya? Maknanya tanpa bapanya Vivy bukanlah sesiapa bagi syarikat Fashion Valet Sdn Bhd yang sentiasa rugi saban tahun itu. Nasiblah gagal diumumkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia jika tidak pasti kesombongan keluarga Vivy ni mencanak-canak.

Vivy dibantu kerajaan

Siapa kata Vivy Yusof tidak pernah mendapat bantuan kerajaan? Sekalipun Vivy sekarang golongan T20 yang berlagak dan sombong!. Mengapa ketika rakyat susah majoriti B40 yang menjadi pembeli barangnya dalam krisis Covid-19 sanggup beliau hina? Rakyat yang susah tak mungkin bertahan jika barang keperluan dan makanan habis. Vivy dan FashionValet pasti terus boleh bertahan apatah lagi bank menangguhkan bayaran pinjaman sehingga 6 bulan.

Ketika FashionValet  menerima dana pelaburan Siri C [Berkembang: Funding untuk menjadi lebih besar dan ke tahap global]  daripada Khazanah Nasional Bhd [lihat di atas saham Khazanah- Pulau Tiga Ventures Sdn Bhd] bagi tujuan perancangan mengembangkan pasaran fizikal dan penembusan digital yang lebih luas tak ada pula golongan B40 dan M40 ni memprotes Vivy. Rakyat B40, M40 senyum bangga lahir usahawan Melayu Bumiputera berjaya. Namun apa dia balas?

Begitu juga pelaburan daripada Permodalan Nasional Berhad dan juga PNB Inspire Ethical Fund 1 dilaporkan berpuluh juta. Apalah hasil? rugi juga


Jutaan ringgit dilabur kepada Vivy dan FashionValet

Bercakap mengenai rugi FashionValet rugi bukan zaman krisis Covid-19 lagi. Malah ketika mereka zaman mewah syarikat FashionValet sentiasa diisytihar rugi, bagaimanapun dapat juga dana kerajaan, jualan meningkat setiap tahun, tetapi syarikat rugi. Mengapa? Tanyalah Vivy Fashion Valet ni.


Ketika FashionValet rugi malah menerima suntikan dana modal dari syarikat pelaburan

Khazanah Nasional ada B40 dan M40 hina Vivy atau protes?

 


Terbaru Fashion Valet 2019 rugi juga. Berpuluh juta pelaburan kerajaan lebur..


Rugi macam mana pun syarikat dia.. Gaji /elaun Pengarah tetap naik..

Tak kan kerugian dikala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menangani Covid-19 ni Vivy dan Fashion Valet tak mahu menanggung sedikit kerugian bagi membayar gaji pekerja. Khazanah Nasional suntik modal kepada syarikat Fashion Valet tak ada pula kerajaan mengungkit. Begitu juga pelaburan PNB. Sehingga sekarang pun rakyat tak peduli audit status pelaburan Khazanah dan PNB itu. Kamu kaya kayalah. Kerajaan pun faham nasib golong T20 ni tapi mohonlah bertolak ansur dan jangan diungkit serta dihina pemberian kerajaan kepada rakyat yang susah.

Oleh itu UiTM tidak sesuai menternak Ahli Lembaga Pengarah Universiti seperti ini. Menteri Pendidikan Tinggi diharap mengambil peranan mengarahkan menamatkan Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Carilah yang sesuai untuk jadi role model anak-anak muda. Bukan yang menghina rakyat yang susah. Jika Tan Sri Muhyiddin boleh membuang Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah tak kan Menteri Pengajian Tinggi tak boleh arahkan pecat Vivy Yusof ni. Dia dah kaya. Setahun Lockdown pun dia masih tetap jutawan!

Kepada rakyat di luar sana mohon jangan beli barangan Syarikat Fashion Valet / DUCK yang dah kaya raya ni.

 

10 Comments