Tidak perlu hukum pegawai: Netizan sokong Polis sebat remaja pengajaran degil PKP
11:04 Apr 03, 2020  |  By SabahKini2
Tidak perlu hukum pegawai: Netizan sokong Polis sebat remaja pengajaran degil PKP

Video Polis merotan remaja tular kerana degil mengikut arahan PKP. Dinasihat berulang kali tetap degil. Namun komen-komen media sosial sebaliknya menyokong pegawai polis itu demi nyawa dan penyakit Covid-19 yang menular.

KOTA KINABALU: Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pegawainya yang dilihat secara agresif menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu kejadian di Kunak, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata jika dilihat dari sudut penguatkuasaan, tindakan pegawai itu memang tidak wajar, namun dari segi moral, itu adalah umpama seorang yang lebih tua memberi pengajaran kepada orang muda yang ingkar arahan.


Mohon Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass bertegas. Rakyat sokong polis. 

“Sebelum kejadian itu pegawai berkenaan sudah menegur kumpulan remaja itu sebanyak dua kali tetapi mereka tetap tidak bersurai malah mentertawakan teguran berkenaan sambil menghisap rokok.

Kejadian itu berlaku di Kampung Pangi Tengah, Kunak ketika pasukan polis sedang membantu menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung sebelum terserempak dengan kumpulan remaja yang sedang berkumpul,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas selesai mengagihkan bantuan berkenaan, pihak polis terserempak lagi dengan kumpulan remaja berkenaan yang masih tidak mendengar teguran, menyebabkan pegawai berkenaan bertindak menyebat semua remaja berkenaan.

Zaini berkata demikian ketika mengulas sebuah klip video yang tular memaparkan seorang pegawai polis bertindak menyebat enam remaja menggunakan ranting kayu kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah masing-masing.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi di media sosial terutama golongan netizen yang memuji langkah pihak berkuasa yang tegas dalam melaksanakan tugas memastikan rakyat mematuhi PKP.

Sekalipun segelintir pengguna alam maya yang mempersoalkan tindakan memukul itu dikatakan boleh mendatangkan kecederaan kepada remaja terbabit namun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan tindakan adalah wajar bagi remaja nakal.

Netizen sokong Polis tidak perlu ambil tindakan tatatertib

Bagaimanapun  komen-komen media sosial nampaknya menyokong Pegawai Polis itu sebagai tindakan mengajar paling sesuai dalam tempoh PKP. Netizen mencadangkan tidak perlu tindakan diambil kepada pegawai polis yang tegas itu. Demi keselamatan dan nyata pengajaran perlu diberi sebelum menyusahkan orang lain.

Jamhuri Yasin  dalam facebooknya  berkata kalau aku mak bapak budak-budak tu..aku setuju sangat PDRM libas anak-anak  aku suruh balik...kalau naik black maria pasti RM1k melayang. Bagi akal sikit budak-budak tak dengarr cakap mak bapak tu. tq pdrm”

Noor Asiah Mohamad Idris “Tak patut ambil tindakan terhadap pegawai bertugas.Kita sedang berusaha mengawal masalah wabak yg ganas menular jika tidak dibendung.Harap tindakan tidak diambil terhadap pegawai tersebut.Memang patut rotan sahaja bagi yang degil”.





 

32 Comments