RM250,000 Hilang: SPRM panggil Syed Saddiq Seksyen 17(a) terima rasuah
04:04 Apr 08, 2020  |  By SabahKini2
RM250,000 Hilang: SPRM panggil Syed Saddiq Seksyen 17(a) terima rasuah

Sejak laporan polis hinggalah kecoh di laman sosial berbelit-belit kenyataan Syed Saddiq. Sekejab RM250k, sekejab tak pasti nilai, Akhirnya duit emak bapa.

KUALA LUMPUR: Media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyoal Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan kedua ibu bapanya berkenaan wang tunai RM250,000 yang hilang di rumah bekas menteri KBS itu.

SPRM menyiasat kes tersebut bawah Seksyen 17(a) yang berkaitan penerimaan suapan.

Pegawai SPRM menyoal mereka bertiga di ibu pejabat SPRM di Putrajaya minggu lepas.

Syed Saddiq diminta menyerahkan dokumen bank untuk siasatan kes tersebut.

“Pegawai kami juga menghubungi bank untuk mendapatkan dokumen tetapi kerja terganggu kerana kawalan seluruh negara,” kata sumber itu.

Sebelum ini Syed Saddiq dilihat memberi kenyataan mengelirukan berhubung laporan kehilangan wang RM250,000 dirumahnya.

Syed Saddiq pada 30 Mac 2020 menafikan RM250,000 bukan milik PPBM dan jumlah anggaran sebenar masih belum dapat disahkan. Beliau sendiri menulisnya dalam twitter dan ditularkan.

Ia bercanggah dengan isi laporan polis yang tular iaitu “Pada 28 Mac 2020 jam lebih kurang 1900HRS dapati wang tunai yang disimpan dalam peti besi telah dicuri/hilang/berkurangan anggaran wang tunai yang hilang berjumlah RM250,000/-“

[ARTIKEL BERKAITAN- Syed Saddiq tipu, dulu RM250K tidak pasti kini RM90K miliknya, RM50K ibu, RM70K ayah ]

Syed Saddiq tipu, dulu RM250K tidak pasti kini RM90K miliknya, RM50K ibu, RM70K ayah

Pada 31 Mac 2020 Syed Saddiq menggunakan alasan baru iaitu wang anggaran berjumlah RM250,000 yang hilang merupakan duit peribadi beliau, ayah dan ibunya.

Jelas Syed Saddiq, daripada jumlah tersebut RM90 ribu adalah milik beliau, RM50 ribu milik ibunya dan RM70 ribu lagi milik ayah beliau. Jumlah RM210,000.00

Kerana percanggan kenyataan itu diharap netizen SPRM bukan hanya menyiasat menggunakan Seksyen 17(a) yang berkaitan penerimaan suapan tetapi juga Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada Aktiviti Haram 2001 bagi memeriksa harta Syed Saddiq.

SPRM baru-baru ini mengumumkan membuka kertas siasatan susulan aduan berkenaan kehilangan wang tunai kira-kira RM250,000 milik Syed Saddiq, yang juga ketua Pemuda PPBM.

Netizen berharap kes ini tidak disembunyikan di bawah karpet dan memanggil Syed Saddiq sebagai satu sandiwara.

8 Comments