Dr Musa Nordin 'Hentam' KKM malukan KPJ Healthcare Group, Apakah bakal dipecat?
12:04 Apr 09, 2020  |  By SabahKini2
Dr Musa Nordin 'Hentam' KKM malukan KPJ Healthcare Group, Apakah bakal dipecat?

Disaat KKM dan doktor berhempas pulas menangani krisis COVID-19 Dr Musa dari KPJ Healthcare Group malukan syarikat itu dengan tuduhan tidak berasas. Presiden dan CEOnya terpaksa meminta maaf kepada KP Kesihatan dan KKM!

Hari ini Dr Musa Nordin popular. Dia popular kerana mulut celuparnya dalam bual bicara TV mengenai Covid-19 dan modal serangannya kepada Menteri dan juga Ketua Pengarah Kesihatan.

Itulah cara Datuk Dr Musa Nordin ini hidup. Makin dia maki atau dikritik makin dia beraksi. Popular adalah keutamaannya.

Jika dia Pegawai Perubatan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan sudah tentu dia menerima surat tindakan tatatertib kerana keterlaluan menggunakan platform terbuka mengkritik pemerintah, menteri atau Ketua Pengarah Kesihatan.

Sebelum ini Kerajaan PH tidak peduli siapa Dr Musa Nordin ini memandangkan beliau adalah penyokong kuat Kerajaan PH.Tulisan beliau dalam  Muslim Professionals Forum (MPF), Bersama Menteri Kesihatan lama Dr Dzulkifli dan juga pelbagai rancangan TV menjelaskan siapa beliau. Jadi tidak siapa mahu mengusiknya.


Catatan facebook, twitter atau apa saja dalam laman sosial lebih kepada dendamnya kepada kerajaan PN sekarang. Oleh itu tidak hairan dikaca TV beliau gemar menggunakan kata-kata kesatnya.


Antara infografik yang disebarkan dalam laman sosial

Dikhabarkan beliau pernah dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Mungkin berbeza tugas dengan seorang Dr Dhesi Baha Raja seorang lagi Penasihat Menteri Dzulkifli yang terkenal dengan kaki projek program digital KKM.

Kerana penasihat Dr Bhesi Baha itu projek tertangguh mereka Bersama Dr Dzulkefly Ahmad dicadangkan semula agar Dr Dzulkefly mengetuai pimpinan digital menggunakan app COVID2019 di KKM. Mereka ingat Datuk Seri Dr Adham Menteri Kesihatan baharu ini bodoh ke termakan pujukan.

Hentam Ketua Pengarah KKM

Kesilapan terbesar Dr Musa Nordin ialah apabila beliau ikon popular menangani Krisis Covid-19 Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Serangan kepada Menteri KKM baru atau Menteri lain Nampak tidak terkesan.

Katanya pihak berkuasa kesihatan dan Dr Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi Covid-19, selepas kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.

Dr Musa Nordin turut menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawainya turun padang melawat hospital terjejas.

Beliau mendakwa kakitangan perubatan tidak dilengkapi alat perlindungan sewajarnya, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE).

“KP dan pegawai tertingginya di menara gading Putrajaya perlu turun ke hospital Covid/Pusat Kesihatan Daerah/Klinik Kesihatan dan melihat serta merasai kesakitan dan kesengsaraan doktor/jururawat/profesional kesihatan bersekutu yang tiada PPE asas untuk menjaga pesakit kritikal di ICU serta meningkatkan saringan dengan 17,000 ujian sehari,”

 “Adakah anda tunggu seorang doktor atau jururawat atau profesional kesihatan bersekutu kita meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum anda mula bertindak?

“Keadaan ini tidak memberi gambaran baik terhadap KKM,” katanya sambil menambah pasukan beliau sendiri menjalankan “penilaian keperluan secara teliti” di 34 hospital kerajaan yang merawat pesakit Covid-19.

Bagaimanapun kritikan itu dinafikan sendiri oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menyatakan dakwaan ketidakcukupan bekalan PPE adalah tidak benar, majoriti petugas kesihatan tidak dijangkiti sewaktu bertugas dan kebanyakan petugas kesihatan yang dijangkiti berlaku di hospital swasta.

 

Kritikan rosakkan perniagaan KPJ Healthcare Berhad

Kritikan melulu Dr Musa Nordin hanya merugikan persepsi perniagaan KPJ Healthcare Berhad milik GLC Johor, Johor Corporation itu.

Jadi tidak hairanlah Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datuk Amiruddin Abdul Satar, selaku majikan beliau sendiri memohon maaf daripada Dr Noor Hisham Abdullah. Emel beliau kepada Ketua Pengarah Kesihatan itu tular dalam laman sosial.

Kata Datuk Amiruddin Abdul Satar, KPJ Healthcare Berhad tidak bersetuju dengan pandangan konsultan perubatan KPJ Group seperti Dr Musa Nordin terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan meminta maaf atas silap faham mereka ke atas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Lebih mengesankan lagi ialah pengakuan Datuk Amiruddin Abdul Satar bahawa, berbeza daripada kenyataan Dr Musa Nordin sebelumnya mengenai kecemerlangan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, “kita tidak proaktif di dalam menangani pandemik COVID-19 pada peringkat awalnya”.

Sudah tentu Datuk Amiruddin Abdul Satar tidak mahu merosakkan imej kumpulan kerana mulut celupar Dr Musa Nordin.

Dikala krisis COVID-19 ini menyerang pemerintah yang sedang focus bukanlah cara yang baik apatah lagi seorang pekerja atau konsultan kepada KPJ Healthcare Berhad tertakluk kepada peraturan syarikat.

Sepatutnya Datuk Amiruddin Abdul Satar memecat atau menggantung Dr Musa Nordin kerana memalukan kumpulan KPJ Healthcare Berhad. Mahu masuk politik keluar segera dari kumpulan.

Jadi apa tunggu lagi.. Pecatlah…

7 Comments