WARISAN JUAL HARAPAN PALSU DAN DIHANTUI DOSA SILAM ROMPAK DANA ORANG MISKIN SABAH
08:12 Dec 27, 2017  |  By SabahKini2
WARISAN JUAL HARAPAN PALSU DAN DIHANTUI DOSA SILAM ROMPAK DANA ORANG MISKIN SABAH

Shafie Apdal sedang dihukum oleh dosa-dosa silamnya merompak dana rakyat miskin. Hak mereka dinafikan jalan lebih baik dari KKLW, menerima bekalan air sebenar (bukan paip ada tetapi air tiada), punya elektrik (BELB atau Solar) dan lain-lain

Kerusi Parlimen untuk Sabah ialah 25 kerusi. 2 kerusi parlimen milik Warisan hasil lompat Shafie (UMNO Semporn dan Darrel (PKR Penampang). [2 Parlimen]

Kerusi Dun pula 60 kerusi dan bakal bertambah menjadi 73. (13 kawasan baru). Daripada 60 kerusi YB JunZ Wong Adun DAP lompat Warisan, Terence Siambun ( adun moyog PKR lompat Warisan) dan Jaujan Sambakong (UMNO Semporna ke Warisan). [3 Adun]

Jadi di mana asas Warisan parti beli RM500 ribu ini menang PRU14 dan memerintah negeri? Yang ada pun  asal lompat semuanya. Yang masuk Warisan pun yang dikutip-kutip dari pemimpin kecewa dalam pelbagai parti termasuk bekas calon-calon yang kalah. 

Bolehkah Warisan menang bersendirian sedangkan Shafie Apdal hanya bergantung dengan semangat bangsanya Bajau Suluk dan terkial-kial membeli hati KDM dengan dana rasuah yang disimpannya. Shafie dan Warisan sedang bergelut sama ada mahu membuktikan mereka memang  agen Mahathir di Sabah, bergabung dengan Pakatan Harapan Sabah atau berjuang bersendirian sebagai Parti Warisan. Rakyat Sabah sedang menilai hipokrit Shafie dan Warisan "Sabah untuk orang Sabah", "Sabah Ubah" atau akhirnya Shafie bersekongkol dengan Mahathir!

Tidakkah kamu terfikir apa yang berlaku kepada Shafie Apdal sekarang kerana kes rasuah yang bakal didakwa tidak lama lagi adalah  balasan dan doa orang-orang miskin yang sepatutnya mendapat hak kemudahan infrastruktur sebenar tetapi telah disonglap oleh Shafie,kroni seperti Peter Anthony (Kini Naib Presiden  Warisan- juga bakal didakwa SPRM) dan dua adiknya Hj Hamid Apdal serta Datuk Yusof Apdal.

Belum masuk anak buahnya Datuk Azis Jamman (Ketua Wira Waisan) yang juga bekas Pengerusi Kolej Polytech Mara mendapat habuan dana projek dari Sinkong Contruction Sdn Bhd. Taukeh Sinkong juga direman SPRM dan memberikan kerjasama semua bukti rasuah yang diberi.

Shafie Apdal sedang dihukum oleh dosa-dosa silamnya merompak dana rakyat miskin. Hak mereka dinafikan jalan lebih baik dari KKLW, menerima bekalan air sebenar (bukan paip ada tetapi air tiada), punya elektrik (BELB atau Solar) malah rumah-rumah program perumahan rakyat termiskin (PPRT), Program Baiki Rumah (PBR) bukan rumah reban ayam! mengejar komisen projek untuk kontraktor sedangkan rakyat sebenar kecewa serta derita. Sedangkan Shafie dan keluargnya hidup mewah punya rumah banglo di Kota Kinabalu, Hartamas Heights RM13 juta di Kuala Lumpur dan banglo mewah di London. Lihatlah doa-doa rakyat miskin Sabah termakbul Shafie bakal dihukum.

Bukti rompakan dana orang miskin oleh Shafie Apdal di KKLW. Rujuk video:

Jalan Monyet

https://www.youtube.com/watch?v=byNy2jyGxiw&index=10&list=UUWt7jolT8duz9t71SAXR9eQ

Paip air ada, air tiada

https://www.youtube.com/watch?v=zDxLlW537XI&list=UUWt7jolT8duz9t71SAXR9eQ&index=9

Rakyat menunggu dalam gelap

https://www.youtube.com/watch?v=kkrslv8CKDk&index=8&list=UUWt7jolT8duz9t71SAXR9eQ

 

Sabahkini2.com

4 Comments