Persatuan pemberi pinjaman, pajak gadai setuju beri 3 bulan moratorium
01:04 Apr 10, 2020  |  By SabahKini2
Persatuan pemberi pinjaman, pajak gadai setuju beri 3 bulan moratorium

Zuraida mengumumkan perkara itu dipersetujui selepas perbincangan dengan ketiga-tiga persatuan susulan pengumuman langkah tambahan bagi pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat oleh pada 6 April.

PUTRAJAYA: Persatuan Pemberi Pinjaman Wang atau Kredit Komuniti serta persatuan pajak gadai bersetuju memberi moratorium selama 3 bulan bagi meringankan beban peminjam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin.

Menurut satu kenyataan hari ini, beliau berkata Persatuan Peminjam Wang pula bersetuju mengecualikan caj kelewatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

26 Mac lalu NGO MERAK mencadangkan kepada Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mengawalselia Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Moneylenders Act) supaya melaksanakan langkah yang sama supaya syarikat-syarikat pemberi pinjam wang berlesen memberikan penangguhan selama 6 bulan bagi bayaran ansuran.

Katanya peniaga-peniaga kecil yang tidak layak untuk mendapat pinjaman bank (kerana tiada gaji tetap, tiada slip gaji, tiada caruman kwsp) telah meminjam daripada syarikat-syarikat pemberi pinjam wang berlesen.

[ARTIKEL BERKAITAN- NGO MERAK Mohon Menteri KPKT Bertindak Terhadap Syarikat Pinjaman Wang Berlesen ]

Zuraida mengumumkan perkara itu dipersetujui selepas perbincangan dengan ketiga-tiga persatuan susulan pengumuman langkah tambahan bagi pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat oleh pada 6 April.

Dalam pengumuman itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyeru agar organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, yang menyediakan kemudahan kredit, memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020 seperti yang dilakukan pihak bank.

“Syarikat Kredit Komuniti juga adalah diingatkan supaya tidak mengenakan caj faedah melebihi yang ditetapkan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) iaitu sebanyak 12% bagi pinjaman bercagar dan 18% bagi pinjaman tidak bercagar kepada peminjam sepanjang tempoh PKP,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga bersetuju agar premis syarikat Kredit Komuniti dan Pemegang Pajak Gadai dibenarkan beroperasi selama 2 hari seminggu.

Katanya tempoh masa operasi adalah dihadkan kepada 9 pagi hingga 2 petang bagi membolehkan pengusaha PKS melakukan urusan masing-masing.

 

Comment