Pengerusi dan Lembaga Pengarah FELCRA meletak jawatan
12:04 Apr 10, 2020  |  By SabahKini2
Pengerusi dan Lembaga Pengarah FELCRA meletak jawatan

Pengerusinya Datuk Nageeb Wahab yang menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin Mei 2018, mengesahkan peletakan jawatannya.

Semua Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad meletakkan jawatan susulan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Abdul Latiff Ahmad

Pengerusinya Datuk Nageeb Wahab yang menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin Mei 2018, mengesahkan peletakan jawatannya.

Nageeb dipilih Pakatan Harapan mengemudi firma itu kerana pengalaman luasnya dalam industri perladangan. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan bekas Naib Presiden Sime Darby Plantation Sdn. Bhd.

"Ini adalah jalan terbaik untuk kerajaan memilih Ahli Lembaga Pengarah yang baru," katanya

Katanya pertemuan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar juga dilihat sebagai 'Mesra'.

Sebelum ini beberapa lantikan politik seperti Pengerusi, CEO dan ahli Lembaga pengarah agensi dan GLC ditamatkan jawatan memberi mesej bahawa kerajaan Perikatan Nasional memerlukan pemain baru yang taat kepada pemerintah dan melaksana kerja-kerja diarahkan menteir.

Pelantikan politik serta pertukaran pegawai adalah perkara biasa jika berlaku pertukaran kerajaan.

Kontroversi Felcra

Selain Datuk Nageeb Wahab yang kontroversi dikaitkan pelantikan cadangan Teresa Kok DAP 3 lagi Ahli Lembaga Pengarah baharu Felcra ketika itu iaitu Datuk Maznah Abdul Jalil, Dr Suzana Idayu Wati Osman dan Mohd Salem Kailany turut mendapat liputan media.

Alasan pelantikan Maznah atas alasan pencapaiannya dalam dunia korporat dicatatkan sebagai Pengerusi SCS Global Advisory (M) Sdn Bhd, ahli lembaga OPUS Asset Management Sdn Bhd dan Prestariang Bhd.

Bagaimanapun Syarikat Sona Petroleum Bhd (Syarikat SPV) diketuainya di senaraikan 30 Julai 2013 di Bursa Saham dan akhirnya lingkup apabila diumumkan Sona Petroleum Bhd disingkir dari Bursa Saham. Maznah juga dilantik oleh Mat Sabu sebagai Lembaga Pengarah Boustead.

Manakala Prestariang Berhad dipengerusikan Dato’ Maznah Jalil tahun lalu menyaman Kerajaan Malaysia RM 732 juta bagi projek konsesi dengan kerajaan bagi pelaksanaan sistem imigresen teras komprehensif dan bersepadu, dikenali sebagai Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bernilai RM3.5 bilion dengan Jabatan Imigresen.

Mohd Salem Kailany Ketua Pegawai Eksekutif PNB Development Sdn Bhd pula dikaitkan sebagai ‘lalang UMNO dan PH' makan kiri kanan.

Kedudukan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra  Mohd Nazrul Izam Mansor

Setakat ini  Ketua Pegawai Eksekutif Felcra  Mohd Nazrul Izam Mansor dan pengurusan Felcra nampaknya menjalankan tugas mereka.  Nazrul adalah CEO yang dilantik oleh Datuk Seri Azmin sebelum ini sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Desas -desus mengatakan Mohd Nazrul Izam Mansor akan kekal sebagai CEO.

 

4 Comments