Akhirnya Shafie akur beri kelulusan operasi ladang, kilang sawit di Sabah
14:04 Apr 10, 2020  |  By SabahKini2
Akhirnya Shafie akur beri kelulusan operasi ladang, kilang sawit di Sabah

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataan memaklumkan, ladang dan kilang sawit yang dibenarkan beroperasi itu ialah di Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Semporna, Kunak dan Kalabakan.

KOTA KINABALU- Selepas diasak bertalu-talu sejak awal April lalu oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA), Persatuan Kilang Penapis Minyak Sawit Malaysia (PORAM), GLC seperti Sime Darby dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akhirnya kerajaan Sabah akur membenarkan ladang dan kilang sawit di enam daerah di Sabah beroperasi, namun tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Jangan sampai rakyat mati bukan sebab Covid-19 tetapi kerana kelaparan kata Anifah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie Apdal Warisan degil ‘tunjuk kuasa’, industri sawit bakal lingkup di Sabah!]

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataan memaklumkan, ladang dan kilang sawit yang dibenarkan beroperasi itu ialah di Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Semporna, Kunak dan Kalabakan.

Beliau berkata tiga syarat yang ditetapkan ialah ladang dan kilang sawit itu tidak mempunyai kes positif COVID-19; tiada individu dalam siasatan COVID-19 (PUI COVID-19); pekerja ladang dan kilang tiada kontak rapat dengan pesakit COVID-19 atau PUI COVID-19.

Selain itu, mereka juga perlu mematuhi panduan pengoperasian ladang semasa wabak COVID-19, yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Walau bagaimanapun, jika sekiranya ladang dan kilang sawit yang sedang beroperasi itu didapati mempunyai kes positif COVID-19 seperti yang disyaratkan, kebenaran akan ditarik balik dengan serta merta," katanya.

Sebelum ini, ahli Parlimen Semporna itu mengarahkan Jabatan Kesihatan dan polis melakukan pemeriksaan di lapangan sebelum kerajaan negeri menentukan jika industri itu boleh meneruskan operasi ketika PKP.

Katanya, beliau memerlukan fakta dan tidak boleh hanya bergantung kepada jaminan daripada pihak terjejas dalam industri itu yang mereka bebas daripada virus covid-19.

Mohd Shafie berkata kerajaan negeri juga akan mengkaji semula kebenaran operasi ladang dan kilang sawit di negeri itu, dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

2 Comments