Kementerian Pengangkutan dibersihkan: Singkir Pemimpin PH dalam agensi, GLC tindakan tepat elak sabotaj!
14:04 Apr 11, 2020  |  By SabahKini2
Kementerian Pengangkutan dibersihkan: Singkir Pemimpin PH dalam agensi, GLC tindakan tepat elak sabotaj!

Tindakan Menteri Pengangkutan menamatkan BOD CAAM, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang dari pemimpin PH adalah tepat. Ia perkara biasa. Tidak perlu ada 'Musang berbulu ayam' dalam kementerian

Syabas kepada Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong Menteri Pengangkutan Malaysia yang sudah mula bertindak melihat semua pegawai dalam agensi dan GLCnya.

Tindakan membuang dua lembaga pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang dilantik oleh Anthony Loke adalah sangat tepat. Kerajaan baharu maka pegawai juga harus baharu. Ini biasa.

Apatah lagi membuang bekas pengerusi Majlis Peguam yang celupar, Ragunath Kesavan dan Afzal Abdul Rahim CEO TIME dotcom 'kaki lagak'.

Anthony Loke dalam facebooknya meroyan kenapa dibuang ‘budak-budaknya’ dalam CAAM. Katanya “Tiada alasan diberikan,” Ya sudah tentu tidak perlu alasan.

Wee Ka Siong perlu terus menyingkirkan ‘Musang berbulu ayam’ dalam kementeriannya. Beliau perlu melakukannya secepat mungkin dalam tempoh krisis COVID-19 ini. Semua isu hanya berkisar mengenai COVID-19 sekarang, isu jawatan akan tenggalam dengan cepat. 


Begitu banyak  agensi/jabatan dan GLC dibawah MOT. Wee Ka Siong perlu memperhalusi satu persatu terutama pemimpin DAP yang banyak mengisi kekosongan Lembaga Pelabuhan di negara ini. Selain CAAM, MAVCOM, MAHB, MRT Corp, KTMB, SPNB, MRL dan lain-lain lagi perlu segera dibersihkan.

 

Pemecatan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang

Terdahulu Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong telah menamatkan khidmat Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) berkuat kuasa 1 Apr lalu.

Ean sendiri mengesahkannya dalam facebook dan meroyan mengenai pemecatannya. DAP memang tak akan meletak jawatan kerana mereka hanya mahu dipecat untuk mendapat simpati.

 

 PECAT DAP

 

 Pemimpin DAP sebagai Pengerusi Pelabuhan 

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang/Pelabuhan Teluk Ewa

Jeffrey Chew Gim Eam merupakan mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang yang telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa, PPC dan PPC Teluk Ewa pada Mac 2019. Sehingga kini Jeffrey belum meletak jawatan 

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Lembaga Pelabuhan Labuan

Dr John Brian Anthony merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bintulu Port Authority (Lembaga Pelabuhan Bintulu, BPA) pada November 2018.

Kerjanya banyak bersekongkol dengan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), Chan Foong Hin Ahli Parlimen Kota Kinabalu (dilantik Februari 2019) melantik kontraktor kroni menyingkirkan pengendali pelabuhan lama Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM).

Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) melaporkan kepada SPRM salahlaku Pengerusi LPA Chan Foong Hin berhubung dokumen tender yang bocor apabila Syarikat kroni DAP  Straits Inter Logistics Berhad (SIL) mendakwa memperolehi projek  sedangkan proses penilaian masih belum berlangsung. SPRM menyiasat kes ini.

Syarikat Straits Inter Logistics Berhad (SIL) adalah syarikat yang punya hubungan rapat dengan Dr John Brian Anthony Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu telah diberikan  kontrak perkhidmatan Bunkering daripada Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Ketika krisis peralihan kerajaan PH kepada PN 30 Februari Anthony Loke dan Chan Foong Hin cepat-ceoat menyudahkan perjanjian penyerahan pengurusan dan pengendalian Dermaga Merdeka Labuan (Pelabuhan Kontena Labuan) pada 4 Mac kepada syarikat yang baharu yang dibeli oleh Straits Inter Logistics Berhad (SIL)  tanpa menunggu pelantikan Menteri Pengangkutan yang baharu.  

Selepas dilaporkan SPRM muncul nama-nama kabel besar sebagai Lembaga Pengarah. Ada Tan Sri Bakri  dan kerabat diraja.
Sebelum itu tiada sesiapa. Jangan SPRM sembunyi bawah karpet sudahlah

Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Lembaga Pelabuhan Labuan mengumumkan Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd sebuah anak syarikat Straits Inter Logistics Berhad memiliki 51% kepentingan sebagai pengendali baharu Labuan Liberty Port 

 
Syarikat baharu tiada pengalaman. Hanya ditubuh 2019 oleh Dato’ Sri Ho Kam Choy CEO Straits Inter Logistics Berhad 

 

Paling menakjubkan Syarikat Megah Port Management Sdn Bhd dipilih memenangi tender Pelabuhan Labuan itu. Tidak masuk akal jawatankuasa penilaian tender MOT memilih syarikat yang baru setahun atau belum diaudit lagi. 

SPRM dilaporkan masih menyiasat kes ini dan diharap Datuk Seri Wee Kah Siong menyemak kembali kontrak Lembaga Pelabuhan Labuan itu. 

Penilaian semula Lembaga Pengarah

Begitu juga Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang dipengerusikan oleh Dr. Nungsari Ahmad Radhi. Beliau sebelum ini diarah meletak jawatan di Majlis MARA bersama Dr Hasnita, Institut Penyelidikan Khazanah dan pengerusi Tabung Pembangunan Sumber Manusia. Beliau masih lagi  Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dan pemegang amanah. Entahlah di Zaman PH banyak pula jawatan Pengerusi atau lembaga pengarah dipegang oleh seseorang seperti Dr Nungsari.

 Rameli dan Nungsari

Orang kuat Anwar Ibrahim Datuk Dr Rameli Musa, Naib Pengerusi Ingress Corp Bhd yang dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) juga perlu ditamatkan. Apa kejayaan KTMB sejak beliau sebagai penngerusi? Hanya ada kepentingan. Rameli adalah Pengerusi Balfour Beatty Rail (BBRail) Sdn Bhd. Ingress memiliki 51 peratus saham BBRail terbabit dalam beberapa projek kereta api seperti trek berkembar Lembah Klang, trek berkembar Rawang-Ipoh dan trek berkembar Utara. Pada 2011, BBRail memperoleh kontrak RM1 bilion bagi melaksanakan pakej sistem kereta api untuk trek berkembar Ipoh-Padang Besar.

Individu yang dapat projek KTMB dilantik sebagai Pengerusi KTMB. Apa KTMB dapat? Dia untung seorang sajalah.

Apapun Menteri perlu berhati-hati dengan KSU MOT jika beliau belum berubah. Jika beliau sudah berubah dan sedar mengapa beliau dipindahkan oklah. Portal Sabahkini2 pernah mendedahkan siapa KSU MOT sebelum ini di MOTAC.

[ARTIKEL BERKAITAN- Hanya 9 bulan di MOTAC, kini KSU 'Ditendang' lagi ke MOT ]

 Hanya 9 bulan di MOTAC, kini KSU 'Ditendang' lagi ke MOT

3 Comments